Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Beberapa minggu lalu Malaysia dikejutkan dengan kes penderaan kanak-kanak Down Syndrome bernama Bella. Kisahnya ini tular di laman sosial selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Mona Din tampil mendedahkan penderitaan remaja berkenaan yang didera sehingga mengalami kesan lecur dan luka di anggota badan.

Susulan pendedahan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyita Rumah Bonda di Wangsa Maju yang dikaitkan dengan penderaan remaja istimewa terbabit. Tidak lama selepas itu, pemilik Rumah Bonda dan suspek berusia 29 tahun turut ditahan polis semalam untuk membantu siasatan bagi kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Posted by Tentera Troll Kebangsaan Malaysia on Monday, July 12, 2021

Tidak lama selepas ditahan semalam, Mahkamah Majistret telah menolak permohonan reman terhadap suspek yang disyaki terlibat dengan kes penderaan Bella. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata disebabkan permohonan reman tidak diluluskan, kini suspek telah dibebaskan oleh pihak polis.

Keputusan ini jelas tidak boleh diterima oleh orang ramai kerana kes ini berprofil tinggi. Ada sebahagian yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka di laman media sosial. Antaranya adalah selebriti tempatan iaitu Wardina Safiyah yang kini menetap di Australia. Beliau mendakwa bahawa wujud campur tangan pihak ketiga yang cuba melindungi suspek.

Campur Tangan Orang Ketiga

Semalam Wardina telah bertindak bercerita sisi lain kes Bella. Katanya di Instagram Story miliknya, kes ini bukan sahaja melibatkan penderaan kepada Bella, tetapi ia lebih daripada itu. “Not just about case bella, dia bersangkut-sangkut dengan kes dan benda lain,” tulis Wardina.

Wardina kemudiannya mendedahkan bahawa wujud pihak ketiga yang cuba melindungi suspek. Katanya, semasa serbuan pihak berkuasa ke rumah bonda, pihak polis telah menjumpai sejumlah wang dengan nilai yang besar dipercayai “mungkin milik ahli politik.” Tambah Wardina lagi, difahamkan mungkin telah berlaku perjanjian di antara pihak ketiga dan juga mereka yang terlibat dengan kes penderaan Bella untuk mengelak hukuman penjara dan menutup kesalahan salah laku jenayah penderaan kanak-kanak.

collage

Wardina Saffiyah

Katanya lagi, apabila pihak mahkamah menolak reman suspek yang terlibat dengan kes berprofil tinggi ini. Desas-desus bahawa kes ini melibatkan pihak ketiga yang cuba melindungi suspek menjadi kuat kerana terdapat banyak pihak yang perlu dilindungi.

Bagaimanapun, Wardina tidak menjelaskan siapakah sumber yang menceritakan sisi lain kes Bella terbabit. Tetapi dia memberitahu bahawa hanya mereka yang mengetahui kisah sebenar sahaja yang mengetahui kebenaran di sebalik cerita ini. “Apa yang boleh dilakukan oleh orang normal seperti kita? Kita berdoa, kita berdoa, kita berdoa dengan sedaya upaya supaya orang yang menganiaya orang lain dan [menganiaya] amanah mereka mendapat balasan,” katanya.

Tidak lama selepas Instagram Story itu dimuat naik, Wardina difahamkan telah diminta untuk memadam pendedahan terbabit. Dan sejak berita ini dimuat naik, Instagram Story milik Wardina telah dipadam dan kini mula tular tangkap layar pendedahan Wardina di laman sosial yang lain.

Walau apapun kebenaran di sebalik kes penderaan Bella ini. Diharapkan bahawa pelaku terbabit dibawa ke depan untuk diadili dan semoga ada keadilan untuk seorang kanak-kanak istimewa yang didera tanpa rasa belas dan kasihan.

Kronologi kes Bella, kanak-kanak yang didera tanpa simpati oleh penjaganya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kronologi Kes Bella, Kanak-Kanak Yang Didera Tanpa Simpati Oleh Penjaganya

Anda Mungkin Suka