Dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan varian baharu yang sedang tersebar di seluruh dunia, varian Omicron telah dikesan di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mula menjalankan ujian PCR ‘Genotyping Assay’ ke atas semua sampel positif yang disaring di pintu masuk antarabangsa (PMA) KLIA sebagai inisatif tambahan kepada kajian berterusan jujukan genom penuh (whole genome sequencing – WGS).

hasil daripada ujian PCR Genotyping Assay, satu daripada sampel dari tempoh 11 November 2021 hingga 28 November 2021 dikesan berkemungkinan besar adalah VOC Omicron.

Menurut Khairy, kes membabitkan pelajar bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu, sebelum WHO umum penemuan varian Omicron.

Pelajar berkenaan telah menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan pihak universiti di Ipoh. Perjalanan beliau dari KLIA ke Ipoh juga menggunakan bas khas yang disediakan oleh pihak universiti. Beliau juga patuh menjalani kuarantin kendiri dan tidak keluar ke mana-mana sepanjang proses kuarantin.

Pengesanan kontak rapat dijalankan kepada penumpang bas dan pemandu seramai 5 orang. Mereka telah jalani kuarantin wajib dan sampel pertama dan kedua semua kontak rapat adalah negatif.

Ini beberapa berita lain berkaitan varian Omicron. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Mereka Dah Lama Rancang’ – Netizen Kaitkan Varian Omicron Dengan Filem Tahun 1963

WHO Elak Panggil Varian COVID-19 Omicron Sebagai ‘Xi’, Didakwa Mahu Jaga Hati China?

Sumber