Bencana banjir yang menimpa beberapa lokasi di Malaysia nyata membawa memberi kesan besar buat orang ramai. Terdapat individu yang kehilangan nyawa yang tersayang serta terdapat keluarga yang terpaksa akur dengan kemusnahan akibat bencana yang menimpa.

Berdasarkan bencana yang berlaku, orang ramai terdiri daripada para sukarelawan, NGO serta pihak kerajaan tampil menghulurkan bantuan baik dari segi barangan, kewangan mahupun kudrat dalam memudahkan urusan para mangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di sebalik bantuan yang diterima, timbul pula isu di mana terdapat segelintir pihak NGO yang hadir membantu mangsa di lokasi rumah mangsa namun sedikit sebanyak ‘menyusahkan’ pihak mangsa.

Menerusi rintihan yang dikongsikan oleh TikTok @malaysiagazette, difahamkan terdapat individu daripada pihak NGO yang memilih untuk membuang barangan mangsa banjir terdiri daripada pakaian, periuk dan belanga kerana dianggap sampah.

@malaysiagazette

Dengarlah rintihan MakCik ini. Yang betul jadikan panduan #malaysiagazette #banjir

♬ bunyi asal – malaysiagazette – malaysiagazette

Tambahnya lagi, beliau mengakui seoalah dianiaya apabila terdapat NGO yang hadir membantu namun dalam masa yang sama merosakkan barang beliau dengan membuang barangan tersebut tanpa pengetahuan beliau.

Insiden yang berlaku telah membuat wanita ini memilih untuk mengemas seorang diri serta menghalang sekiranya terdapat NGO mahu membantu beliau kerana khuatir situasi yang sama berulang lagi. Rintihan yang dibuat nampaknya turut mendapat perhatian netizen yang simpati dengan keadaan menimpa wanita ini.

Sumber: Tiktok malaysiagazette

Melihat kepada situasi berlaku, diharap insiden ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja membuatkan mangsa terpaksa berbelanja lebih dalam membeli barangan keperluan, malah mungkin memberi kesan kepada emosi mangsa sekiranya barangan yang mempunyai nilai sentimental bagi pihak mangsa dibuang.

Tular pada minggu ini apabila perkongsian Nabila Huda meluahkan rasa berang terhadap perangai wanita ini yang didakwa mencuri publisiti dan mengambil barangan mangsa banjir.

Curi Publisiti Dan Ambil Barangan Mangsa Banjir, Nabila Huda Berang Dengan Perangai Wanita Ini

Thread ‘Lembu Punya Susu, Sapi Baik Punya Claim’ Dedah Orang Kenamaan Cuba Sailang Hasil Kerja Netizen