Umum mengetahui kemelut yang melanda Korea Utara dan Korea Selatan. Terbaharu, Kim Jong Un telah menghantar surat rasmi kepada presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dimana telah menzahirkan permohonan maaf dan kesal atas  pembunuhan rakyat Korea Selatan.

Untuk pengetahuan anda, kes pembunuhan ini berlaku apabila lelaki warganegara Korea Selatan itu dilaporkan hilang dari kapal peronda perikanan pada hari Isnin lalu, kira-kira 10km selatan Garisan Batas Utara (NLL). Garisan Batas Utara adalah garis kawalan ketenteraan yang dipertikaikan bertindak sebagai sempadan maritim de facto untuk kedua buah negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disebabkan lelaki tersebut telah melanggar dan masuk ke perairan Korea Utara, askar yang menjaga kawasan itu bertindak mengikut undang-undang dengan menembak mati kerana menceroboh. Askar Korea Utara telah menembak 10 das tembakan dan membakar mayat lelaki tersebut.

Oleh itu, Presiden Moon Jae-in mendapat tekanan politik yang kuat terhadapt insiden yang berlaku dan didesak untuk membuat polisi yang tepat melibatkan Pyongyang.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel mengenai Kim Jong Un pada pautan di bawah ini. 

Akibat Langgan Pelajar Kolej ‘Kegemaran’ Kim Jong Un, Empat Pegawai Atasan Dihukum Mati

Kim Jong Un Dilaporkan Koma Selepas Kongsi Kuasa Dengan Adiknya

Kim Jong Un Perintah Anjing Peliharaan Ditangkap Dan Diserahkan Kepada Restoran Untuk Dimasak

Sumber