Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah mengumumkan dakwaan ke atas pemimpin sosialis Venezuela Nicolas Maduro dan beberapa individu di dalam kerajaan. Jabatan itu menuduh mereka pada hari Khamis lalu bersekongkol dengan pemberontak Kolombia ‘untuk memenuhkan Amerika Syarikat dengan dadah’.

“Kami menganggarkan bahawa antara 200 dan 250 metrik tan kokain dihantar dari Venezuela melalui laluan ini, 250 metrik tan bersamaan dengan 30 juta dos,” katanya kepada Al Jazeera.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung, Peguam Negara Amerika Syarikat, William Barr, yang diapit oleh pendakwa raya dari New York dan Florida, turut mendakwa ketua hakim Mahkamah Agung, ketua Majlis Konstituen, bekas pemimpin dalam tentera dan dua anggota kumpulan pemberontak Kolombia, FARC.

“Selama lebih dari 20 tahun, Maduro dan beberapa rakan sekerja dikatakan bersuhabat dengan FARC, mereka adalah punca kenapa banyak dadah memasuki dan menghancurkan masyarakat Amerika.

“Fokus pengumuman hari ini adalah untuk menunjukkan wujud aktiviti rasuah yang meluas dalam kerajaan Venezuela – sebuah sistem yang dibina dan dikawal untuk mengkayakan mereka di peringkat tertinggi kerajaan,” kata Barr kepada Vice.

Jabatan Kehakiman Negara menawarkan $ 15 juta (RM 65 juta) untuk apa-apa maklumat yang membawa kepada penangkapan dan pengakuan Maduro, serta ganjaran yang lebih rendah sebesar $ 10 juta (RM43 juta) dan $ 5 juta (RM 21 juta) untuk mereka yang berjaya membawa masuk individu yang berkomplot dengan Maduro ke muka keadilan.

Sebelum ini kerajaan Amerika telah mengiktiraf pemimpin pembangkang, Juan Guiado, anggota dewan Perlembagaan Venezuela untuk dilantik sebagai presiden negara tersebut. Namun awal bulan ini, agensi berita antarabangsa melaporkan bahawa kerajaan Maduro telah melakukan cubaan bunuh ke atas Guiado.

Untuk bacaan lanjut mengenai kartel dadah, klik pautan di bawah.

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan El Chapo Dikawal Ketat, Dihadiri Oleh Tetamu Paling ‘Wanted’ Di Dunia

Kanak-Kanak Mexico Dipaksa Berhenti Sekolah, Sertai Militia Pertahan Kampung Daripada Kartel Dadah

Kartel Ketum Malaysia Untung Besar Di Thailand

Anda Mungkin Suka