Pastinya anda sudah mula ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Anda haruslah berhati-hati dalam perjalanan dan mengelakkan dari disaman pada hari perayaan ini.

Untuk pengetahuan anda, saman RM300 akan dikeluarkan serta-merta kepada pemandu yang didapati melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat sempena Hari Raya bermula 29 Mei hingga 12 Jun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

kereta

Berikutan itu, antara kesalahan utama ialah memandu di lorong kecemasan, melebihi had laju, memotong barisan, memotong garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan alat komunikasi ketika memandu.

Justeru itu, anda haruslah memandu secara berhemah untuk mengelakkan kemalangan jalanraya dan mengelakkan dari disaman kerana jika anda disaman melakukan kesalahan seperti dinyatakan, tiada diskaun pembayaran akan ditawarkan.

Sumber