Limau mandarin atau limau Cina sangat sinonim dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina di negara kita dan semakin hampir tarikh perayaan itu disambut kita akan dapat melihat begitu banyak sekali buah-buahan ini dijual di pasar raya ataupun di tepi-tepi jalan di seluruh negara.

Namun begitu, sambutan terhadap limau mandarin yang kebanyakannya diimport dari tanah besar China pada tahun ini dilihat sedikit berbeza apabila terdapat segelintir netizen yang dilihat mencuba untuk melakukan gerakan memboikot buah-buahan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui beberapa kiriman di laman Facebook, beberapa pengguna dilihat menyatakan pendirian mereka untuk tidak membeli buah tersebut dan ada juga yang berkongsi gambar-gambar timbunan susunan limau mandarin seperti tidak laku di pasar raya terdekat di kawasan mereka.

Seorang pengguna melalui kiriman yang dilakukannya memberitahu jualan limau mandarin dari kawasannya di Batu Gajah dilihat tidak terusik dan kelihatan masih banyak setiap kali dia berkunjung ke pasar raya itu.

limau1

Walaupun ada yang mengaitkan jualan yang tidak memberangsangkan itu berpunca dari kempen Buy Muslim First (BMF), namun ada yang juga berpandangan positif mengatakan situasi itu mungkin berlaku kerana tarikh sambutan raya Cina yang masih lambat dan risau buah akan rosak sekiranya dibeli terlebih awal.

comment1

Namun begitu, kemungkinan pengguna memboikot jualan limau mandarin sebagai tanda solidariti terhadap isu kaum Uighur yang berlaku di negara China yang merupakan antara pengeksport limau mandarin tersebut.

limau2

limau 3

Jadi, apa pandangan anda terhadap situasi boikot limau mandarin atau limau cina yang sangat sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina ini? Sekiranya anda peminat buah limau mandarin, beli sahaja kerana selepas sambutan Tahun Baru Cina ia pasti sukar untuk didapati.

Selain limau mandarin yang sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina, tahukah anda signifikan Yee Sang?

9 Teknik Sebelum Makan Yee Sang Dan Signifikannya Di Tahun Baru Cina

Bak Kwa Halal Antara Menu Baharu IKEA Sempena Tahun Baru Cina

7 Menu Makan Besar Dan Simboliknya Di Tahun Baru Cina