Seorang rakyat Rusia cuba menjual Big Mac dan barangan McDonald’s yang lain dalam talian dengan harga yang mahal selepas jenama makanan segera itu merancang untuk menutup lebih 800 restoran di negara itu. Menurut laporan Lad Bibble, kebanyakan barangan itu dijual di laman web Avito dengan harga yang tidak masuk akal.

Seorang pengguna internet di Moscow telah menyiarkan iklan di dalam talian untuk hidangan Big Mac yang dijual pada harga setinggi USD$36 atau RM150.00. Difahamkan bahawa harga biasa untuk satu hidangan ‘a la carte’ burger Big Mac adalah sekitar USD$1 atau sekitar RM4.00. Selain itu terdapat juga iklan yang menjual Pakej McDonald’s pada harga USD$520 atau sekitar RM2,100, namun ia tidak mendedahkan kandungan pakej tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Iklan itu mula dipaparkan selepas McDonald’s mengumumkan penutupan sementara restorannya di Rusia, dengan Ketua Pegawai Eksekutif Chris Kempczinski berkata bahawa konflik di Ukraine dan krisis kemanusiaan di Eropah telah menyebabkan penderitaan kepada mereka yang tidak bersalah, “Kami menyertai dunia dalam mengutuk pencerobohan dan keganasan serta berdoa untuk keamanan.”

Tambahnya lagi, apa yang dilakukan olehnya sebenarnya berat kerana dia perlu mengambil kira 62,000 pekerja di Rusia yang telah mencurahkan bakti dan keringat mereka untuk jenama makanan segera tersebut. Namun beliau memberi jaminan bahawa pekerja McDonald’s di Rusia akan terus menerima gaji mereka.

Akibat daripada penutupan ini, rakyat Rusia kini mula bergegas ke Mcdonald’s terdekat bagi mencuba untuk mendapatkan hidangan terakhir sebelum ia ditutup secara rasmi. Dalam rakaman yang dikongsi di media sosial, kelihatan barisan panjang mula terbentuk di Rusia dengan semua orang cuba untuk mendapatkan hidangan McDonald’s buat kali terakhir.

Rakyat Rusia beratur dapatkan hidangan terakhir McDonald’s sebelum ditutup akibat perang. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Rakyat Rusia Beratur Dapatkan Hidangan Terakhir McDonald’s Sebelum Ditutup Akibat Perang

‘Yahudi Tidak Boleh Berdiam Diri’ – Presiden Ukraine Ajak Orang Yahudi Bangun Lawan Rusia

Pejuang Ukraine Lumur Peluru Dengan Lemak Babi, Diguna Untuk Lawan Tentera Islam Chechnya