COVID-19 telah memberi kesan kepada hidup kita, ada sesetengah daripadanya berjuang demi untuk kelangsungan hidup. Manakala sesetengahnya lagi, mencari jalan sukar untuk kekal hidup.

Itulah yang mungkin digambarkan oleh Persatuan Pengguna Kedah (Cake) yang menerima aduan bahawa terdapat ibu bapa yang terpaksa meminjam ah long untuk membeli peranti elektronik, lapor Sinar Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pinjaman ini bertujuan untuk menyediakan anak mereka dengan keperluan belajar bagi menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Mungkin pahit yang ditelan, tetapi itulah realitinya bagi Mohamad Yusrizal Yusoff, Setiausaha Cake yang menerima 17 aduan melibatkan pinjaman ah long dengan sembilan daripadanya untuk tujuan pembelian gajet kepada anak.

Mereka adalah terdiri daripada kumpulan peniaga kecil dan bekerja sendiri yang terpaksa mengambil risiko kerana tidak mampu untuk menyediakan keperluan peranti elektronik untuk kelangsungan pembelajaran anak mereka disebabkan pendapatan mereka terjejas teruk ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.

Beliau berkata kini para pengadu tersepit kerana tidak mampu melunaskan pinjaman sebanyak RM1,000 dengan bayaran ansuran harian atau mingguan serta kadar faedah antara 10 hingga 20 peratus yang ditetapkan terlalu tinggi.

Bagi Mohamad Yusrizal, situasi ini menunjukkan bahawa masih ramai ibu bapa yang belum mampu untuk menyediakan keperluan gajet untuk kelangsungan pembelajaran anak mereka ketika PKP 2.0 dijalankan.

Beliau juga turut meminta agar pihak kerajaan dapat memberi keutamaan kepada keluarga yang tidak mempunyai kemampuan dalam membeli gajet serta menyediakan alternatif lain bagi meneruskan PdPR yang dihadapi oleh anak-anak ini.

Untuk rekod, terdahulu Sinar Harian menyatakan bahawa seorang ah long mendedahkan kepada mereka bahawa dia menerima seramai 40 orang pelanggan sehari sejak wabak COVID-19 melanda negara.

Sumber yang tidak mahu dikenali itu berkata jumlah yang diterimanya setakat ini melebihi 5,000 orang.

Tersilap simbah cat merah, lelaki ini kongsi pengalaman jadi rumah sasaran Ah Long. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Tersilap’ Simbah Cat Merah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Jadi Rumah Sasaran Ah Long

Wanita Hidang Makanan Dan Tunggu Lelaki Makan Dahulu, Adat Keluarga ‘Ayah Long’ Cetus Pendebatan

Angkara COVID-19, ‘Ah Long’ Tidak Menang Tangan Terima Pelanggan Baharu Setiap Hari