Tim Franco, seorang fotografer dari Paris telah menjadikan Sanghai sebagai pusat operasi beliau sejak 5 tahun lalu. Sepanjang tempoh ini beliau telah mendokumentasikan proses urbanisasi dan perubahan drastik disebalik projek mega bandar Chongqing, di China.

Sehingga 1997, wilayah mundur Chongqing yang terletak di Sichuan ini merupakan sebuah bandar yang dipinggirkan. Malahan, perjalanan dari bandar di wilayah ini ke bandar besar seperti Beijing, Shanghai dan Shenzen mengambil masa selama 2 jam penerbangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lokasinya yang terletak di antara gunung ganang dan pecahan dari sungai-sungai Yangzte yang besar menjadikan urusan perniagaan dengan penduduk bandar ini lebih sukar dijalankan berbanding bandar-bandar lain di China.

Pada tahun 1997, Chongqin mula menerima limpahan pembangunan apabila kerajaan China memilih bandar ini sebagai antara bandar yang akan dibangunkan dengan projek mega dan bakal menerima lebih banyak dana berbanding bandar-bandar di wilayah lain. Ini juga bermakna lebih banyak peluang pelaburan dapat ditawarkan di bandar ini.

Hari ini, Chongqin menjadi wilayah tumpuan projek mega kerajaan China serta menjadi pintu rezeki dan pusat tumpuan bagi peluang pekerjaan kepada berjuta penduduk di bahagian pantai barat negara ini yang masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan.

Sepanjang 2014, bancian kerajaan tempatan menunjukkan pertambahan mendadak penduduk dibandar ini iaitu sekitar 4,000 orang seminggu, menjadikan jumlah populasi penduduk meningkat kepada 29.9 juta orang.

Laporan rasmi yang dikeluarkan pula menunjukkan jumlah penduduk di tengah-tengah pusat bandar di wilayah Chongqin adalah sekitar 8 juta orang. Angka yang dikeluarkan ini tidak termasuk buruh yang tidak berdaftar. Oleh itu jika diambil kira keseluruhan jumlah penduduk di pusat bandar ini, sudah pasti angkanya adalah lebih tinggi.

Kadar pertumbuhan GDP bagi Chongqin pula dilaporkan meningkat sebanyak 12.3%, satu pertumbuhan yang memberangsangkan berbanding purata pertumbuhan nasional negara China iaitu sebanyak 7.4%.

Rakaman dari lensa kamera dan catatan Franco akan dikongsikan dalam buku beliau yang bertajuk Metamorpolis, bakal membongkar proses urbanisasi  melampau yang dilalui oleh penduduk bandar ini serta gambaran bagaimana penduduk tempatan menyesuaikan diri dengan perubahan mendadak ini.

1485 006

Ramai di kalangan penduduk Chongqin telah dipindahkan ke penempatan baru sewaktu pembinaan Three Gorges Dam (merupakan projek mega pembinaan empangan terbesar di China). Rumah lama mereka kini ditenggelami air sepenuhnya.

chongqing-china-3

Bagi generasi muda, ramai dikalangan mereka yang mempelajari skill baru terutama dalam bidang kejuruteraan automobil dan juga industri berasaskan sumber asli. Tetapi bagi generasi lama pula, agak sukar bagi mereka mempelajari skill baru ini. Demi survival hidup, mereka menggunakan kemahiran yang diwarisi berkurun dulu iaitu bercucuk tanam di kawasan tanah yang terhad.

chongqing-china-4

Chongqin digambarkan sebagai bandar besar yang tak pernah anda dengar sebelum ini – Detroit’s of China, Chicago-on-the-Yangzte, dan bandar inilah yang paling pesat membangun di dunia ketika ini. Tapi disebalik segala gelaran ini, di satu sudut lain masih ada yang sanggup mengembala kambing – pekerjaan tradisi penduduk di pergunungan yang diwarisi sejak berkurun lama.

chongqing-china-5

Jika di Beijing dan Shenzen, mendirikan bangunan tinggi adalah lebih mudah kerana bentuk muka buminya, tapi situasi berbeza bagi Chongqin. Bentuk muka bumi bergunung ganang dan sungai yang berselirat menjadikan pembinaan bangunan pencakar langit adalah sukar. Ini menjadikan pembinaan bangunan tinggi di kawasan tanah yang mendatar digunakan semaksima mungkin.

chongqing-china-6

Gambar di atas telah dirakamkan pada tahun 2012 di daerah Jiefangbei, pusat bandar utama di sini. Bangunan rendah di bahagian depan adalah daerah Shibati, penempatan generasi pertama para buruh yang berpindah ke sini. Satu ketika dulu Shibati adalah pusat tumpuan para imigran. Tapi kini penempatan ini sedikit demi sedikit mula diambil alih oleh bangunan pencakar langit.

chongqing-china-7

Wilayah Chongqin juga merupakan tempat pertemuan dua sungai utama iaitu Sungai Yangzte (gambar atas – kiri) dan Sungai Jialing (sebelah kanan pada gambar di atas). Di tengah-tengah adalah semenanjung Yuzhong, disinilah letaknya daerah Jiefangbei – pusat tumpuan pembangunan.

chongqing-china-8

Di wilayah inilah terletaknya antara jambatan terpanjang di dunia. Jika di negara barat jambatan seperti ini sudah pasti diwartakan sebagai tarikan pelancongan. Tapi di Chongqin ianya tidak lebih dari sekadar menjadi sebahagian dari kemudahan pengangkutan harian bagi penduduk di sini.

chongqing-china-9

Kerja-kerja pembinaan juga tidak pernah mati di sini – siang dan malam. Saban hari bangunan, jambatan, jalan raya dan terowong baru dibina menjadikan lanskap di daerah ini sentiasa berubah. Kawasan kejiranan boleh hilang dalam sekelip mata, dan bangunan baru terbina dengan pantas seiring dengan pembinaan jalan dan terowong baru.

chongqing-china-10

Gambar atas : Keretapi dan kenderaan melintasi sungai Jialing. Di bawah jambatan adalah pembagunan yang sedang dijalankan di Yuzhong, Chongqin.

chongqing-china-11

Daerah Jiangbei, kawasan baru yang menjadi tumpuan pembangunan di bahagian utara Sungai Jialing. 15 tahun dulu kawasan ini merupakan daerah pertanian yang besar. Kini ia mula di ambil alih oleh bangunan pencakar langit. Para petani pula, masih berusaha bercucuk tanam di tanah yang masih bersisa sebelum ia juga di ambil alih oleh kerajaan bagi tujuan pembagunan.

Sumber : QZ.com

Mungkinkah ini yang dikatakan sesuatu perlu dikorbankan demi sebuah kemajuan? Jika dulu daerah ini merupakan antara kawasan yang tenang dengan udara yang bersih, gunung ganang dan pemandangan indah, kini semuanya hanya tinggal kenangan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram