Memberi kritikan terhadap big-big player dalam industri kewangan menggunakan hashtag #nerakawang merupakan risiko besar.

Saya akui ia agak keterlaluan dan saya memohon maaf secara terbuka jika cara tersebut tidak disenangi.

japan featured
HYPE
14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba
Baca lagi →

Tujuannya adalah untuk memberi pendidikan kewangan kepada rakan-rakan dan followers. Saya tak mampu nak jawab satu persatu mesej yang diterima berkenaan soalan-soalan kewangan yang sampai ke inbox saya.

Jadi, saya berikan ulasan melalui tulisan-tulisan saya di FB dengan harapan yang bertanya boleh dapat jawapan dari situ. Dan dalam jawapan-jawapan yang diberikan, ada sedikit kritikan terhadap sesetengah pihak.

Perkara penting

Point penting yang saya utamakan di sini ialah para pengguna perlu sedar bahawa tanggungjawab menguruskan kewangan, jangan mudah-mudah diserahkan kepada orang lain, termasuk saya.

Wang kita adalah tanggungjawab kita.

Lihat senario di bawah:

1. 30% daripada rakyat Malaysia yang diisytiharkan bankrap datang dari yang berusia bawah 30 tahun.

2. 60% pencarum KWSP akan menghabiskan simpanan KWSP mereka dalam masa 3 tahun selepas bersara.

3. 80% pelabur yang mengeluarkan wang EPF akaun 1 mereka ke unit trust (saham amanah), hanya balik modal dan mendapat pulangan lebih rendah daripada EPF.

4. Hanya 15 % sahaja rakyat Malaysia yang memiliki takaful dan 45% sahaja yang memiliki insurans konvensional.

5. Dari fakta no 4, sebanyak 90% pemegang polisi insurans memiliki jumlah perlindungan yang rendah atau under insured, daripada sepatutnya.

6. Lebih RM60 bilion harta beku di Amanah Raya.

7. Hanya 6% rakyat Malaysia yang memiliki simpanan bersamaan 6 bulan gaji.

Semua fakta dan statistik ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran rakyat Malaysia masih rendah.

#nerakawang

Hashtag #nerakawang adalah inteprestasi kepada situasi-situasi ini.

Dari bab menguruskan pendapatan dan hutang piutang sehingga, bab takaful, bab pelaburan sehingga bab pengurusan pusaka.

Bayangkan apa yang terjadi pada 10 ke 30 tahun akan datang?

#nerakawang muncul untuk memberi sedikit jentikan supaya kita bangkit seketika dan semak balik status kewangan kita.

Semak kembali polisi-polisi takaful yang kita daftar. Cukup atau tidak perlindungannya?

Semak kembali dana-dana saham amanah yang kita laburkan. Selepas 5 tahun melabur, sudah untung atau belum?

Semak kembali hutang piutang kita. Berapa lama lagi mahu berhutang?

Semak kembali ansuran rumah dan kereta kita, adakah ia berbaloi untuk diteruskan.

Dalam sedikit cubitan itu, ramai pula yang menganggap ia sebagai tumbukan maut, terutama agen-agen dalam industri. Bukan semua, segelintir.

Agen kewangan

Industri servis kewangan selalu diwar-warkan sebagai industri untuk membuat duit dengan mudah maka dikongsikan testimoni kereta besar, rumah besar, gaji besar dari kalangan pemain industri untuk merekrut agen-agen baru.

Boleh buka FB-FB otai-otai yang mempromosi kerjaya dalam bidang servis kewangan, dan Tuan-Puan boleh lihat apa yang mereka promosi.

Hasilnya perunding-perunding yang dilahirkan hanyalah sebagai jurujual / promoter produk dan bukan sebagai pemberi solusi.

Sebenarnya ada yang lebih besar dan lebih penting dalam industri ini, iaitu peranan sebagai penasihat atau “advisory roles” dan bukan sekadar jurujual atau promoter.

Bukan semua orang yang memerlukan kad perubatan (medical card). Bukan semua orang memerlukan wasiat. Bukan semua orang yang bersedia menerima risiko pelaburan saham amanah. Bukan semua orang memerlukan semua produk kewangan yang ada di muka bumi ini.

Dan yang pastinya, tidak ada produk kewangan yang sempurna sehingga ia mampu memberi solusi untuk semua perkara.

Tidak ada juga produk kewangan yang mempunyai ciri serentak “semua dalam 1” yang menggabungkan takaful, kad perubatan, pelaburan dan simpanan yang mampu memberi solusi kewangan komprehensif.

Besar risiko yang saya ambil apabil memberi kritikan kepada big-big player industri. Bukan seorang, bukan 2 orang, tapi banyak agensi-agensi yang sedang memusuhi saya, dan unfriend / unfollow saya.

Saya hanya pemain kecil. Tak sampai pun 0.01% memberi sumbangan penghasilan bisnes dalam industri kewangan yang maha luas ini.

Jentikan saya tidak sampai pun merubah arus perdana industri yang sedang mementingkan jualan.

Kalian, tidak perlu risau sangat dengan tulisan-tulisan saya. Ia hanya untuk kelompok kecil friends dan followers saya tidak sampai pun 100,000 orang daripada berbilion lagi rakyat Malaysia.

Oh ya, ada berita baik untuk kalian.

Tulisan ini adalah tulisan terakhir saya menggunakan hashtag #nerakawang.

Saya tidak akan gunakan lagi hashtag tersebut lagi. Boleh follow FB Neraka Wang jika ada yang berminat dengan kaedah teguran sentap sebegitu. Ia ala-ala “Tarbiah Sentap” versi kewangan. Beberapa rakan saya menguruskan FB tersebut.

Biarpun tidak lagi menggunakan hashtag itu lagi, saya masih kekal berkongsi tip-tip kewangan di sini dengan cara sedia ada.

Pasti ramai yang sedang bertepuk tangan.

Silakan.

Artikel di atas disumbangkan oleh Afyan Mat Rawi. Penasihat Kewangan. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka