Perasaan ingin tahu atau skeptikal terhadap keselamatan bateri smartphone terbaru Samsung ini nampaknya masih menghantui beberapa pengguna selepas insiden yang berlaku pada Samsung Galaxy Note 7 pada tahun lepas.

Samsung Galaxy S8 yang dipilih model flagship serta bagi menaikkan jenama ini ternyata berjaya dihasilkan dengan ciri-ciri keselamatan yang cukup baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penyertaan fungsi 8-point battery safety check daripada Samsung ini bukan sahaja menandakan Samsung benar-benar serius untuk menghasilkan smartphone yang selamat malah berjaya meletakkan standard baru dalam keselamatan smartphone pada masa kini.

Buat anda yang masih ragu-ragu untuk mendapatkan Samsung Galaxy S8, ujian ekstrim yang dilakukan oleh ‘anak dan ayah’ ini mungkin bakal mengembalikan kepercayaan anda terhadap jenama yang berpengkalan di Korea Selatan ini.

Siapa sangka, pada tahun 2017 kemajuan keselamatan bateri antara yang disenaraikan sebagai selling point buat syarikat smartphone terkemuka dunia. Begitu juga penyertaan headphone jack.