Kuala Lumpur merupakan antara destinasi tumpuan pelancong dan terdapat pelbagai tempat boleh dikunjungi seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Pasar Seni dan sebagainya.

Malah, terdapat pelbagai pilihan penginapan yang anda boleh cuba untuk staycation atau apa pun tujuan anda ke ibu kota. CitizenM Hotel yang terletak di Jalan Pudu, Bukit Bintang mungkin boleh menjadi pilihan anda untuk menginap.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenapa? Apa kata baca sedikit perkongsian pengguna Twitter @shahirahzai yang telah menginap di hotel tersebut. Menerusi perkongsian beliau, tilam yang empuk di hotel tersebut bakal menjadi antara faktor utama untuk anda menginap di sana.

https://twitter.com/shahirahzai/status/1235963426125402112

Melangkah masuk ke lobi, mata anda akan terpukau dengan kecantikan rekaan yang santai pada setiap sudut. Malah, kombinasi warna yang digunakan akan mempengaruhi mood anda dan akan membuat anda tersenyum gembira.

Tampil berbeza dari hotel lain kerana kad akses hotel boleh dibawa pulang. Menarik, bukan? Anda perlu self-check in kerana tiada reception di hotel ini tetapi jangan risau kerana pekerja di sana akan membantu anda.

EScRHNJX0AIbw8M

EScSPFyWsAENAdJ

EScTLUHXkAIoVUY

EScTLUMXcAA-gpb

Difahamkan terdapat 210 bilik dan 3 bilik mesyuarat di hotel ini. Malah, terdapat pelbagai kemudahan yang tersedia seperti Wifi, MoodPad room control dan sebagainya.

Lebih menarik, iPad atau dikenali MoodPad room control ini digunakan untuk mengawal suhu aircond dalam bilik, naik dan turunkan blind, dan banyak lagi. Dalam bahasa yang mudah, ia berfungsi mengawal pelbagai benda dalam bilik.

ESc4b0EWAAArSjr

ESc0zQdXkAAFfbg

ESc4b3nXQAAWHSu

https://twitter.com/shahirahzai/status/1236015323976880128

Setiap sudut dalam hotel dari lobi, bilik mesyuarat, dan bilik memang ‘Instagrammable’ dan pasti banyak foto boleh diambil di sini. Malah, terdapat banyak ‘kata-kata’ yang lucu anda boleh temui di sekitar hotel.

Menerusi tinjauan kami, harga penginapan di CitizenM hotel bermula dari RM209 semalam dan anda boleh mendapatkan diskaun sebanyak 15% jika membuat tempahan 4 hari lebih awal. Anda boleh membuat tempahan di hotel ini pada laman sesawang ini.

citizenm_klb-023_1200x675px_004b02a34b02a3

citizenm_klb-197_1200x675px_004b02a34b02a3

citizenm_klb-290_1200x675px_004b02a34b02a3

Tidak lama lagi musim cuti persekolahan akan tiba. Tidak ada idea untuk bawa anak anda berhibur? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

5 Idea Kreatif Bawa Anak-Anak Berhibur Ketika Cuti Sekolah

Hanya RM35 Sejam, Gadis Ini Kongsi Keseronokan ‘Berparti’ Bersama Rakan Di Party Room

Lihat Kafe Di Cyberjaya Penuh Dengan Permainan Untuk Anda ‘Chill’ Bersama Rakan