Sekiranya anda mengikuti perkembangan Elon Musk atau Twitter, pastinya anda cukup tahu di mana Elon Musk selaku manusia terkaya dunia dilaporkan telah membeli syarikat Twitter pada sekitar tiga minggu lalu dengan nilai sekitar $44 bilion (~RM208 bilion).

Sejak beliau mengambil alih, dapat dilihat beberapa keputusan ekstrem telah dilakukan yang telah memberi kesan kepada orang ramai khususnya para pekerja Twitter. Memecat CEO dan CFO Twitter diikuti ribuan pekerja Twitter antara yang dilakukan dalam mengurangkan kos operasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://twitter.com/kyliebytes/status/1593391167718113280

Terbaharu, Elon Musk dilaporkan sekali lagi hadir dengan undang-undang yang lebih ketat buat para pekerja Twitter dengan mendesak untuk bersetuju bekerja lebih masa di syarikat Twitter.

Elon Musk juga dikatakan sekadar memberi masa beberapa jam sahaja untuk para pekerja membuat keputusan atau bakal diberhentikan serta ditawarkan gaji bersamaan tiga bulan.

Tindakan ekstrem yang dilakukan telah menyaksikan ratusan pekerja Twitter memilih untuk tidak bersetuju dengan tawaran yang ditawarkan serta berhenti bagi menerima bayaran selama tiga bulan. Pihak Twitter seterusnya telah mengeluarkan emel buat para pekerja memaklumkan akses ke pejabat bakal dihalang bermula Isnin manakala pejabat bakal ditutup.

Dalam pada itu, terdapat juga pekerja yang dihalang untuk pekerja dari rumah oleh Elon Musk yang sekaligus menimbulkan persoalan di kalangan pekerja.

Tular berita Twitter mungkin ditutup

Di sebalik ‘usaha’ Elon Musk untuk menstruktur semula Twitter kurang dari sebulan, tular pula beberapa tweet yang memaklumkan platform Twitter mungkin bakal ditutup dalam masa terdekat. Malah, beliau juga turut memberi bayangan platform yang baru dibelinya berpotensi untuk muflis.

Hal ini bakal menyaksikan orang ramai tidak lagi dapat menggunakan platform ini sekiranya benar-benar berlaku. #RIPTwitter dan #GoodbyeTwitter pula antara yang turut trending pada ketika ini berikutan masalah yang berlaku. Malah, terdapat pengguna yang memaklumkan untuk mencari mereka di platform media sosial lain sekiranya Twitter ditutup.

Setakat artikel ditulis, masih belum terdapat sebarang kenyataan rasmi mengenai isu yang tular daripada Elon Musk. Pastinya ramai yang akan terkejut dengan penutupan media sosial ini sekiranya ditutup secara drastik selepas 16 tahun beroperasi.