Seringkali kita melihat aduan pengguna TM dimana mereka terpaksa membayar sehingga RM110 sebulan untuk pakej internet 1Mbps. Semuanya disebabkan tidak mempunyai pilihan lain selain daripada jaringan internet TM. Mimpi ngeri seluruh pengguna Streamyx ini bakal berubah apabila TM pada hari ini mengumumkan sebuah berita baik buat para pengguna.

Melalui pengumuman yang dibuat, kesemua pengguna Streamyx bakal menikmati pakej internet Unifi Lite dengan kelajuan 8Mbps secara automatik bermula 1 September ini. Menariknya, pakej bakal membuatkan para pengguna menikmati kelajuan yang sama atau lebih dengan harga yang lebih rendah iaitu RM69 sebulan sahaja.

MiTEC
HYPE
‘Hi HOME Property Event’ Acara Hartanah Unik Yang Akan Berlangsung Pada 25 Julai 2019
Baca lagi →

150422unifibag

Buat pengguna baru yang baru sahaja ingin mendaftar pakej Unifi Lite, anda hanya dikenakan caj RM89 sahaja sebulan. Usaha terbaru daripada TM ini dijalankan bagi sebagai langkah pendek sebelum menawarkan internet jalur lebar buat seluruh kawasan di Malaysia.

Anda Mungkin Suka