Mula diperkenalkan pada tahun 2012 sebagai inisiatif kerajaan untuk mengelakkan daripada pemandu memandu dengan laju di atas lebuhraya, AES seringkali menghantui pengguna jalanraya baik dari segi had kelajuan yang ditetapkan mahupun cas yang dikenakan.

Terbaru, bertepatan dengan langkah yang dibuat kerajaan baru yang menjanjikan tempoh dua bulan beberapa bulan sebelum ini, pihak kerajaan telah memilih untuk menggugurkan kesemua saman AES buat pengguna jalan raya sejak mula diperkenalkan pada tahun 2012 sehingga 31 Ogos 2018.

Pihak kerajaan juga dilaporkan akan membayar semula sejumlah RM555 juta dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT) yang digunakan oleh kerajaan terdahulu bagi mengambil alih sistem kamera AES daripada dua syarikat konsesi.

Selain itu, Sistem AES selepas ini bakal diambil alih oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 September 2018. Buat anda yang mempunyai rekod memandu laju dan disaman AES, mungkin ini berita baik buat anda.