Kita dikejutkan dengan beberapa berita banjir melanda beberapa tempat dan pastinya ramai yang terkesan akibat banjir. Semestinya, mereka yang terlibat dengan bencana alam ini berasa sedih kerana mengalami kerugian apabila barangan seperti perabot dan barangan elektronik rosak.

Akan tetapi, berbeza dengan mangsa banjir ini yang berkongsi gambar dengan penuh ‘vibes’ positif walaupun dilanda bencana alam. Pengguna Twitter @muhamadfaris22 ini telah memuat naik gambarnya di kawasan rumah yang dipenuhi banjir dengan meletakkan barangan seperti dalam biliknya.

Perkongsian ‘bilik’ tapi aesthetic oleh Faris mendapat perhatian netizen dan para netizen terasa terhibur melihat gambar tersebut. Malah, para netizen turut berasa kesian akan nasib menimpanya kerana komputer ribanya turut berlumpur disebabkan banjir.

https://twitter.com/popit_codes/status/1345911988325552129

Usaha dan sikap optimis yang ditunjukkan Faris membuatkan para netizen kagum. Tidak hanya itu, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Faris agar tabah menghadapi musibah ini.

Masalah banjir sering kita dengari setiap tahun, mungkinkah akan ada penyelesaian untuk masalah ini? Apa pendapat anda akan isu tersebut?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Ramalan Steve Jobs Pada Tahun 1990 Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Demi Gambar OOTD, Pengunjung Sanggup Rosakkan Bunga LED Di Perlis

Belum Seminggu Dirasmikan, Pengunjung Jadikan Arca Penyu Di Melaka Sebagai Meja Piknik