Siri terbaru filem Thor, Thor: Ragnarok kini sedang dalam proses pengambaran di Brisbane, Australia. Walaupun sibuk dengan pengambaran, aktor utama filem ini, Chris Hemsworth dan Tom Hiddleston tetap meluangkan masa mereka untuk program charity di Hospital Lady Cilento di Brisbane.

thor

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Chris turut membawa Mjolnir, senjata terkenal milik Thor untuk adik-adik di Hospital Lady Cilento bergambar dan memegangnya. Hospital Lady Cilento ini boleh dikira bertuah kerana turut menerima kunjungan Taylor Swift bulan Julai yang lalu.

“Berjumpa dengan superhero di dunia sebenar di Hospital Kanak-kanan Lady Cilento,” tulis Chris di laman Instagram miliknya. Penampilan ini pastinya membuatkan adik-adik di hospital ini gembira dan dapat sembuh dari penyakit yang mereka hidapi. Good gesture Chris dan Tom!

https://www.instagram.com/p/BJcsA7NDfaJ/?taken-by=yourgirlcassi

https://www.instagram.com/p/BJclaZXhQAT/?taken-by=vonw

Untuk Thor: Ragnarok, dikatakan Hulk akan turut terlibat dalam filem ini. Disebabkan itulah Hulk dan Thor tidak menyertai pertembungan Civil War antara Captain America dan Iron Man; mereka mempunyai perang lain yang perlu mereka selesaikan dalam filem Thor: Ragnarok ini. Plot filem ini masih lagi dirahsiakan dan filem ini dijangka siap dan akan ditayangkan November 2017.

Sumber