Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat semakin banyak haiwan yang terancam sekaligus diumumkan pupus secara sah. Terbaharu, keadaan kesihatan Iman, seekor badak sumbu Sumatra di Lahad Datu, Sabah yang mengalami penyakit melibatkan kanser membuatkan orang ramai risau.

Lebih menyayat hati, Iman merupakan satu-satunya spesies badak sumbu Sumatra yang berada di Malaysia ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan laporan, badak sumbu berusia 25 tahun ini telah mengalami susut berat badan sebanyak 44 kilogram berbanding berat badan asalnya menjadikan berat badan beliau kini cuma 476 kilogram. Iman kini dijaga dengan rapi dibawah jagaan Dr Zainal Zahari Zainudin di Tabin Wildlife Reserve, Lahad Datu.

Iman-the-rhino
Sumber: Free Malaysia Today

Mengalami masalah tidak mampu makan dalam keadaan yang normal seperti badak sumbu yang lain berikutan masalah penyakit yang dialami antara yang membuatkan Iman semakin sakit ketika ini. Iman mula mengalami kanser pada Mac 2014 dan difahamkan sel kanser di dalam badannya sudah merebak ke pundi kencing.

Lebih menyedihkan, para haiwan mengesahkan agak mustahil dan berisiko untuk menjalankan pembedahan bagi memulihkannya. Selain itu, proses untuk mendapatkan ovum bagi mengelakkan spesies ini daripada pupus juga dilihat sukar.

rhino_785619_20191120172347
Sumber: The Sun Daily

Berdasarkan isu yang berlaku, para netizen dan pencinta haiwan tampil meluahkan kesedihan terhadap keadaan kesihatan badak sumbu Sumatra terakhir Malaysia ini.

https://twitter.com/sunfloweraidil/status/1197349051118710786

https://twitter.com/PikaSkyscraper/status/1197111150468460545

Kehilangan haiwan terancam ini pastinya memberi pengajaran buat kita semua untuk lebih cakna mengenai alam sekitar agar kejadian yang sama tidak berulang lagi. Berdasarkan laporan, Harimau Malaya juga bakal mengikuti trend yang sama lima tahun akan datang.

Harimau Malaya Mungkin Akan Pupus Dalam Jangka Masa Lima Tahun Lagi

Cara Unik Lacoste Sebar Kesedaran Spesis Haiwan Yang Hampir Pupus

 

Sumber