Tahun lepas kita dikejutkan dengan penampilan bintang lagenda bela diri Jet Li yang berubah begitu drastik akibat penyakit yang dihidapinya. Umum mengetahui Jet Li menghidapi Hyperthyroidism dan sedang menjalani rawatan moden dengan doktor yang bertauliah dan ditambah pula dengan usaha dalam bidang keagamaan.

Terbaharu Jet Li ditemui dalam satu majlis penganugerahan bersama pengasas platform jual beli terkenal AliBaba, Jack Ma di Sanya, Hainan. Menurut laporan dan gambar dari South China Morning Post, Jet Li kelihatan agak lebih bertenaga dan jauh lebih sihat berbanding gambar yang viral tahun lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
IMG_20190116_150518_696
Sumber: SCMP

Pada acara tersebut, beliau tampil dengan rambut berwarna hitam,cermin mata berbingkai bulat dan jaket denim biru. Penampilan terbaharunya sudah pasti mendapat reaksi positif daripada peminat yang sentiasa mendoakan kesihatan beliau.