Berikut adalah 5 kesilapan mudah tetapi serius apabila membeli tanah:

1. Beli tanah geran kongsi

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Contoh dalam geran ada 3 penama semua dengan 1/3 bahagian.

Salah seorang penama jual bahagiannya. Lalu kita beli, nama masuk dalam geran. Tetapi tak sangka rupa-rupannya tak boleh memohon loan untuk bina rumah.

2. Beli tanah status pertanian

Asalnya, niat untuk bina rumah guna loan . Tetapi kemudian baru tahu perlu tukar syarat ke bangunan dulu. Apabila sudah tahu, bajet pula tiada untuk tukar syarat.

Lagi satu, ‘terbeli’ tanah yang bukan dalam zoning kediaman. Tanah pula tak boleh ditukar syarat walaupun sudah ada bajet.

3. Beli tanah yang ada pengambilan tanah

Dalam geran ada catatan pengambilan. Tetapi pembeli tidak tahu yang luas pengambilan belum ditolak keluasan keseluruhan dalam geran.

Akhirnya pembeli bayar ikut keluasan geran padahal keluasan sebenar lebih kecil.

4. Beli tanah tiada rezab jalan

Terdapat pada sesetengah tanah, jalan yang ada adalah jalan adat tidak digazet di dalam pelan akui.

Risikonya, jika pada masa akan datang tuan tanah sebelah menyebelah dirikan pagar, maka pembeli akan gigit jari.

5. Beli tanah lain dapat tanah lain

Perkara ini terjadi apabila pembeli tidak periksa batu sempadan secara fizikal.

Pembeli pun tidak bertanya dengan tuan tanah sekeliling untuk pengesahan.

Contoh tanah yang dibeli separuh betul separuh, lagi separuh rupa-rupanya tanah orang sebelah. Separuh yang betul rupa-rupanya paya atau cerun.

Semua ini mungkin ada penyelesaian tetapi ianya tidak mudah. Penyelesaian masalah-masalah begini selalunya akan mengambil masa dan meningkatkan kos.

Amat penting untuk memastikan tanah yang dibeli daripada kesilapan di atas. Kerana jika tersilap, selepas beli baru dapat tahu, maka “sakitnya tuh di sini”.