Pada masa kini, mozarella corn dog adalah makanan yang sedang hangat berada di pasaran selain daripada bubble tea. Makanan yang berasal daripada Amerika Syarikat ini menjadi kegilaan ramai orang berikutan ia mengandungi keju mozarella yang pastinya sedap dan menyelerakan.

Baru-baru ini tular di laman Twitter, di mana seorang pengguna Twitter, @kinafairy memuat naik sebuah perkongsian dan bebenang tentang seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun ingin membeli corn dog darinya.

https://twitter.com/kinafairy/status/1193752244027445248

Apa yang menarik perhatian ialah kesungguhan adik tersebut yang sanggup menyimpan wang untuk membeli corn dog yang berharga RM16 untuk 1 paket tersebut.Tindakan kanak-kanak itu menyentuh hati gadis tersebut, lalu menawarkan harga corn dog tersebut dengan jumlah wang yang kanak-kanak itu ada. Siap beri 1 paket percuma untuk adik tersebut.

https://twitter.com/kinafairy/status/1193752249349992448

Menerusi perkongsian gadis itu, kanak-kanak tersebut telah menanti kedatangan beliau di hadapan rumah mereka.

https://twitter.com/kinafairy/status/1193752259613429760

Gadis itu sekali lagi tersentuh hati dengan tindakan kanak-kanak tersebut yang membayar duit corn dog itu dengan wang kertas RM1.

https://twitter.com/kinafairy/status/1193752277325975552

Perkongsian gadis ini menarik perhatian ramai netizen. Rata-rata netizen meninggalkan komen dengan menyatakan bahawa mereka turut terharu dengan perkongsian gadis itu.

The Vocket ada berkongsi cara-cara untuk membuat corn dog ini pada ada artikel sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Ini Cara Hasilkan ‘Corn Dog’ Keju Mozarella Viral Yang Sedap Dan Murah

Resipi Ringkas Hasilkan Donut ‘Gebu’ Dan Sedap

Resipi Roti Goreng Coklat Viral Yang Sedap Dan Mudah Anda Boleh Cuba