Baru-baru ini tular satu rakaman video badan kereta Honda Civic Type R putus dua selepas terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di kawasan Colorado, Amerika Syarikat.

Dalam hantaran asal Facebook yang dikongsikan, mangsa kemalangan tersebut ada menerangkan bagaimana kejadian tersebut berlaku. Pemandu ketika waktu itu merupakan teman lelaki kepada anak pemilik Civic Type R tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan dia telah dirempuh sebuah kereta model Volvo yang dipandu oleh seorang warga emas dari arah tepi di simpang jalan Jewell Avenue dan Federal Boulevard, lalu menyebabkan badan kereta Civic Type R tersebut putus dua akibat melanggar tiang berhampiran.

https://www.tiktok.com/@sonofdixieland/video/6980908030179216645?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.autoevolution.com%2Fnews%2Fblue-honda-civic-type-r-spits-in-two-after-crash-in-colorado-164721.html&referer_video_id=6980908030179216645&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Video tersebut telah mendapat ribuan share dan ratusan komen oleh pengguna Facebook dari seluruh dunia. Rata-rata ramai yang terkejut melihat keadaan kereta yang boleh terputus sehingga begitu sekali.

Kemalangan ngeri yang terjadi di Amerika Syarikat itu turut menarik perhatian netizen Malaysia yang membandingkan kualiti binaan kedua-dua buah kereta tersebut samada kereta buatan Sweden tersebut memang kukuh atau ciri keselamatan kereta buatan Jepun itu kurang berkualiti.

vocket-honda-civic-type-r-putus-dua-3
Sumber Gambar: Facebook Pandulaju.com.my
vocket-honda-civic-type-r-putus-dua-4
Sumber Gambar: Facebook Pandulaju.com.my
vocket-honda-civic-type-r-putus-dua-8
Sumber Gambar: Facebook Pandulaju.com.my
vocket-honda-civic-type-r-putus-dua-5
Sumber Gambar: Facebook Pandulaju.com.my
vocket-honda-civic-type-r-putus-dua-7
Sumber Gambar: Facebook Pandulaju.com.my

Namun, ada segelintir pengguna Facebook bersependapat punca kereta Civic Type-R terputus dua bukanlah disebabkan reka bentuk kereta itu tidak kukuh, tetapi ia disebabkan Volvo tersebut telah merempuh pada bahagian tengah-tengah Civic Type-R tersebut lalu menghentam tiang berhampiran.

Walaupun keadaan kereta Civic Type-R agak ngeri setelah mengalami kemalangan yang boleh mengorbankan nyawa, kesemua mangsa cuma mengalami kecederaan ringan sahaja.

Dalam satu kisah lain, seorang lelaki yang menjual aksesori Mugen pada harga RM45,000 buat orang ramai peminat Honda terkejut. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Peminat Kereta Honda Terkejut Bila Lelaki Ini Jual Aksesori ‘Mugen’ Pada Harga RM45,000

‘Geng Kereta’ Bersatu Tumpaskan Pencuri Honda City Raih Pujian Netizen

‘Double-Park’ Kereta Pemandu Mengandung, Sikap Pemilik Honda Civic Ini Undang Kecaman Netizen