Pada minggu lepas kami telah berkongsi pandangan daripada Dr Azizul Azli Ahmad tentang Kegagalan ‘Design’ Rumah Moden Yang Boleh Menyebabkan Pembeli Rugi Dalam Jangkamasa Panjang.

Kali ini kami ingin bawakan pula perkongsian oleh Dr Uniey Aras, sahabat dan pernah menjadi rakan sekerja Dr Azizul tentang bagaimana anda sebagai pembeli boleh  menilai rekabentuk bangunan dan bumbung yang selesa untuk didiami.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Dr Uniey, belanja mengubah suai bumbung merupakan perkara yang paling banyak memakan belanja dan kos. Adalah merugikan apabila pembeli membeli rumah, dan kemudiannya perlu mengubahsuai bumbung.

Dr Uniey juga menekankan, setiap kali mahu membeli rumah, perkara utama perlu dilihat adalah bumbung kerana bumbung adalah elemen pertama yang menerima impak hujan dan haba. Bumbung juga berfungsi sebagai pelindung sewaktu panas dan mampu mengalirkan air keluar dengan cepat dari bangunan semasa hujan.

“Air amat bahaya kepada binaan. Ia boleh menambah beban yang tinggi kepada bumbung, memberi lembapan kepada bahan binaan, serta menjadi agen pemangkin kepada pertumbuhan kulat dan pereputan.”

bumbung-rumah-3

Dr Uniey telah menyenaraikan 8 elemen :

1. Jenis Bumbung.

Bumbung atap jenis curam adalah yang terbaik digunapakai di Malaysia yang selalu menerima hujan yang banyak. Bumbung jenis ini mampu mengalirkan air keluar dengan lebih cepat dari elemen bangunan.

Serapan, takungan dan beban air hujan dapat dikurangkan. Atap jenis ini juga mempunyai ruang udara di tengah-tengahnya. Ia dapat membantu mengurangkan atau menyejukkan haba sebelum diserap ke siling bangunan.

Namun, perlu anda juga perlu lihat unjuran bumbung agar tidak terlalu panjang terutama jika rumah terletak di kawasan berbukit dan tinggi, lapang, atau menerima kapasiti angin yang kuat seperti di tepi pantai dan bukit.

Semakin tinggi bumbung, semakin sejuk rumah tetapi beban bumbung juga semakin tinggi. Jadi anda perlu semak perletakkan dan saiz tiang bangunan untuk elakkan rekahan struktur.

Semakin tinggi bumbung, semakin tinggi rintangan angin.

2. Bumbung Rata.

Setiap bumbung rata perlu ada sedikit cerun untuk air hujan mengalir. Ada arkitek yang kata cerun (slope) ini tidak perlu kerana keluasan bumbung rata terlalu sedikit. Jangan harap lah air tu pandai cari jalan sendiri. Memang perlu sediakan cerun.

Walaupun keluasan bumbung hanya hanya 1mx1m, air tetap boleh bertakung dan menyerap ke dalam bangunan. Kondisi ini sebenarnya tidak baik. Namun jika ada palung air atau parapet wall, ia membolehkan air bertakung dan kebocoran akibat penyerapan air mudah berlaku.

bumbung-rumah-1

3. Sambungan Antara Bumbung dan Dinding.

Berhati-hati jika sambungan ini juga berfungsi sebagai takungan air. Sebab itu, kebocoran kerap terjadi kepada bumbung rama-rama.

4. Tinggi Dinding.

Pilihlah rumah yang dindingnya 3.2m ke atas. Apatah lagi jika rekabentuk memakai bumbung rata kerana semakin tinggi dinding, semakin besar ruang udara peralihan.

Sebab itulah atap tinggi buat anda rasa sejuk dan nyaman. Semakin banyak ruang peralihan udara, semakin sejuk rumah anda.

5. Bukaan Yang Memakai Cermin.

Terdapat 2 jenis. Fix window glass dan adjustable window atau casement window. Lihat kepada bukaan dan arah angin.

Bukaan seperti tingkap (adjustable/casement window) dan pintu sebaik-baiknya mengadap arah angin dan membenarkan angin melalui bangunan.

Ini bermaksud position in opposite of the opening, there is another opening. Rumah yang terbaik adalah rumah yang membenarkan laluan angin, berfungsi untuk membuang haba, bau dan bakteria di dalam rumah. Kecuali jika rumah anda dekat dengan kilang, itu tak boleh buat apa.

Tetapi elakkan daripada bukaan dinding kaca. Ia hanya berfungsi mencantikkan rekabentuk dan membenarkan pemandangan luar dinikmati dari dalam rumah.

Malangnya, ia cantik bagi yang berkemampuan. Penyerapan haba sangat tinggi di ruang ini. Anda juga perlu memakai penghawa dingin dan memasang langsir setinggi langit.

Untuk langsir tak apalah boleh beli setahun sekali. Tapi bill elektrik anda kena bayar setiap bulan kerana pasang aircond. Sebab itu saya katakan ia tidak memainkan fungsi dan penggunaan yang ekonomik pada jangkamasa panjang.

6. Kesan Dari Poin 5.

Ia bakal membuat pulauan haba dalam rumah. Maka, airwell atau bukaan bumbung diperlukan untuk mengeluarkan haba. Di waktu ini, ventilasi bersilang dan airwell memainkan peranan bagi menyeimbangkan semula suhu dalam rumah.

7. Unjuran Bumbung atau Overhang (yang terdapat di setiap luar tingkap atau bukaan).

Fungsinya untuk mengelak air hujan masuk ke dalam bangunan. Tetapi semakin panjang unjuran, semakin tinggi tekanan udara, sekaligus meningkatkan risiko bumbung diterbangkan angin ketika angin kuat.

Apatah lagi rumah berhadapan dengan kawasan lapang atau laluan angin. Confius kan! Tadi nak laluan angin, sekarang tak nak pula.

Unjuran bumbung sepanjang 700mm sudah memadai. Lebih dari itu, ia boleh jadi berisiko (bergantung kepada keadaan geografi kawasan rumah).

8. Tak Boleh Design Ikut Suka

Tak semua design rumah ikut selera dan kitab kita. Tetapi kita boleh membantu mengurangkan kesan suhu kepada rumah.

Contoh: menanam pokok. Pokok adalah satu medium semulajadi penyerap haba yang terbaik. Tetapi bukan pokok besar, nanti merekah rumah.

Adanya air yang mengalir (jika ikut fengshui, ia membawa rezeki) kerana secara saintifiknya air yang mengalir akan menyerap haba dengan baik.

Elakkan dari air yang bertakung. Walaupun ada ikan, ia tidak ada makna dan fungsi jika tiada pergerakan apatah lagi jika jdi sarang nyamuk aedes.

Baca lagi: 35 Tip Buat Anda Yang Berangan Nak Beli Rumah Kos Rendah