Apa yang anda akan buat bila dapat duit ekstra RM20,000? Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru, pasti anda ada pelbagai azam yang mahu dicapai bukan? Nak beli rumah, bawak mak dan ayah pergi Haji, hantar anak ke universiti, kahwin pastinya antara yang tersenarai. Bila ada duit lebih, bolehlah plan macam-macam dan laksanakan azam dan impian anda tu kan!

Seiring dengan tahun baru 2020 yang akan datang, Shell telah melancarkan kempen Nak Ekstra RM20,000 yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk membawa pulang wang tunai lumayan! Kalau anda nak tahu, peraduan Nak Ekstra RM20,000 ni dah ada pemenang tau!

a-woman-watching-tv
HYPE
Ini Kelebihan Unifi Plus Box Yang Murah Dan Berbaloi Buat Anda Sekeluarga
Baca lagi →

Sebelum tu, jom kita baca dulu apa kata pemenang bertuah ni. Mana tahu anda pun boleh jadi macam mereka!

Mohd Raffi Ismail, 34 – Pemenang Peraduan Nak Ekstra RM20,000!

Bercita-cita ingin membawa keluarganya bercuti ke Singapura, merancang untuk memulakan dana kolej untuk anak lelakinya dan melabur sebahagian besar wang untuk deposit tetap, akhirnya semua impian Mohd Raffi Ismail nampaknya bakal tercapai apabila beliau berjaya membawa pulang RM20,000!

Mula menabung sejak dua bulan lepas untuk percutian keluarganya, kini Raffi dah boleh tarik nafas lega apabila dapat membawa keluarganya bercuti ke Singapura dan honeymoonbersama isteri tersayang! Dah menang RM20,000 tu, bolehlah buat duit ekstra untuk shopping katanya!

Anda pun “Nak Ekstra RM20,000” macam Raffi?

giphy

Bermula 1 Disember 2019 hingga 9 Februari 2020Shell menawarkan wang tunai RM20,000setiap minggu untuk pelanggan setianya! Bukan itu je, Shell juga akan memberikan 20x hadiah saguhati bernilai RM1000 pada setiap minggu! Wow, biar betul?

Nak tahu macam mana nak menang?

Untuk menyertai peraduan Nak Ekstra RM20,000, anda hanya perlu ikuti 2 langkah mudah ini:

  • Anda harus berbelanja minimum RM40 di dalam satu resit di mana-mana stesen Shell di seluruh negara
  • Hantarkan resit dan butiran peribadi anda melalui borang peraduan atau scan kod QR bagi penyertaan secara online
Anda pengguna Touch ‘n Go eWallet dan BonusLink? Nah ada lagi ganjaran hebat ni!

Kalau anda terlepas tawaran 10x mata ganjaran BonusLink haritu, jangan risau sebab Shell bermurah hati nak berikan anda ganjaran ekstra bagi pengguna Touch ‘n Go eWallet iaitu *RM5 cashback tambahan apabila anda berbelanja minimum RM40 di Shell menggunakan Touch ‘n Go eWallet. Best kan?

Bukan itu je, pada 12 Disember ni pula Shell dan Touch ‘n Go e Wallet akan berikan ganjaran tambahan berupa 50% rebat! Memang berbaloi-baloi!

Tawaran ini hanya terhad untuk dua cashback bagi setiap akaun Touch ‘n Go eWallet setiap bulan & hanya untuk 300,000 transaksi pertama di Shell.

giphy (1)

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini ok. Siapa tahu, mungkin rezeki tahun baru, anda pula yang bakal bawa pulang RM20,000! Untuk maklumat lanjut, layari laman web Shell.

Ketahui juga ganjaran ekstra yang anda boleh dapatkan dengan BonusLink. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Isi Minyak Di Shell Dan Rebut Ganjaran Ekstra Dengan BonusLink!

Tandas Stesen Shell Ini Mendapat Tarikan Lebih 3 Juta Penonton Di Youtube

Anda Mungkin Suka