Kemalangan jalan raya bukanlah sesuatu yang dapat dijangka oleh kita semua. Kalau kemalangan melibatkan kenderaan yang mempunyai insurans, kita boleh membuat tuntutan pihak ke tiga ke atas syarikat insurans kenderaan yang melanggar kita itu.

Tetapi bagaimana pula dengan kemalangan yang berpunca daripada kenderaan yang tidak mempunyai perlindungan insurans atau takaful yang sah? Daripada siapa kita ingin menuntut pampasan tersebut?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
motorcycle-accidents-1
Sumber: brownlawpl

Di dalam kes-kes sebegini, Biro Insurans Motor atau Motor Insurers Bureau (MIB) akan memainkan peranan. Biro ini telah ditubuhkan sejak 1968 hasil daripada perjanjian yang dibuat oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, syarikat insurans dan biro itu sendiri.

Tujuan penubuhan MIB adalah bertujuan menyediakan bantuan pampasan kewangan kepada mangsa kemalangan, jika dilanggar oleh kenderaan yang tidak memiliki polisi insurans.

Terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan ketika hendak membuat tuntutan dari MIB.

  1. Anda boleh membuat tuntutan terus kepada pihak MIB atau melantik seorang peguam untuk melakukan tuntutan bagi pihak anda.
  2. Anda perlu mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan yang melanggar anda. Ini kerana MIB tidak menerima kes langgar lari.
  3. Tuntutan perlu dibuat dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh kemalangan.
  4. Jikalau tuntutan anda melibatkan tuntutan undang undang, anda perlu memberitahu MIB dalam tempoh 30 hari dari tarikh fail tuntutan bersama dokumen yang berkaitan.
  5. MIB hanya memberi pampasan bagi kecederaan diri seperti luka, patah, atau retak. Tiada pampasan akan diberikan bagi kerosakan kenderaan atau harta benda.
  6. Jumlah pampasan yang diberikan bergantung kepada keputusan MIB sendiri.

Dokumen yang perlu disediakan ialah seperti berikut:

  1. Laporan menerangkan kemalangan anda, tujuan anda membuat pampasan dan beberapa dokumen lain.
  2. Salinan aduan polis (perlu menyatakan nombor pendaftaran pihak bersalah)
  3. Laporan polis pihak ke tiga (jika ada)
  4. Laporan perubatan anda.

Pastikan anda menyediakan satu salinan dan hantar ke alamat berikut

Ketahui cara untuk membuat tuntutan insuran apabila kereta anda kemalangan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

16 Langkah Buat Tuntutan Insuran Bila Kereta Anda Kemalangan

3 Sebab Pelan Insuran Ini Merupakan Pilihan Berbaloi Buat Keluarga Anda

Lelaki Ini Kongsi Derita Polisi Insurans ‘Pay And Claim’ Yang Ramai Tidak Tahu