Seperti yang anda sedia maklum, majoriti pengguna iPhone 13 Pro mengalami masalah white screen secara tiba-tiba. Pasti ramai ingin mempelajari cara claim skrin iPhone baharu secara percuma memandangkan rata-ratanya semua sudah melepasi tarikh waranti.

Harga sesebuah skrin iPhone pula mencecah ribuan ringgit jika mahu diganti. Jadi, ramai yang tidak mahu membelanjakan wang sebesar itu hanya kerana masalah skrin tersebut berpunca daripada produk Apple sendiri. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk mendapatkan skrin iPhone baharu secara percuma walaupun sudah habis waranti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Cara ‘claim’ skrin iPhone baharu selepas habis waranti

1. Pertama sekali, anda perlu menghubungi Apple Centre menerusi 1800803638. Di sini, anda perlu menjawab beberapa soalan yang diutarakan oleh operator dan disaran untuk menegaskan bahawa masalah skrin putih ini sudah dialami oleh majoriti pengguna dan kos penggantian pula sangatlah mahal selepas habis waranti.

2. Kemudian, Apple Centre akan meminta nombor siri, Apple ID dan e-mel untuk rujukan mereka. Jadi, anda diminta untuk menyediakan maklumat tersebut agar lebih mudah sewaktu berurusan.

3. Selepas itu, Apple akan menyuruh anda untuk menghantar peranti ke cawangan pengedar rasmi Apple sama ada di Switch atau Machines yang berdekatan. Anda perlu menyediakan sejumlah wang RM100 untuk membuka laporan di kedai pengedar rasmi dan Apple akan menghantar e-mel kepada anda.

4. Lanjut lagi, Apple akan meminta anda menghantar laporan yang sudah dibuat oleh kedai pengedar rasmi yang anda pergi. Hal ini kerana Apple mahu mengetahui nama staff dan lokasi cawangan yang dihantar.

5. Apple akan berhubung dengan staff yang berkaitan dalam mengenal pasti status dan masalah pada iPhone anda. Sekiranya peranti anda tidak dikesan termasuk air atau pecah, anda layak menerima claim secara percuma sahaja.

6. Langkah berikutnya, Apple Support akan menelefon anda menerusi nombor +6569725170 untuk memberitahu tentang claim skrin iPhone baharu boleh dibuat walaupun sudah habis waranti.

7. Akhir sekali, anda hanya perlu menunggu dalam masa beberapa hari untuk mengambil semula iPhone yang sudah dibaiki.

Untuk makluman, anda perlu berkomunikasi dalam bahasa inggeris sewaktu berhubung dengan Apple Centre dan Apple support. Selain itu, tempoh pengambilan iPhone juga mungkin berbeza memandangkan ia bergantung pada stok skrin yang tersedia.

Diharapkan dengan tutorial ini dapat membantu anda dalam menuntut skrin iPhone baharu sekiranya menghadapi masalah white screen seperti yang viral di media sosial. Bahkan, anda juga dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu membayar penggantian skrin meskipun sudah habis waranti.