Perkhidmatan iCloud sememangnya memudahkan para pengguna Apple untuk menyimpan foto, fail dan sebagainya. Tahukah anda terdapat cara kongsi iCloud bersama keluarga dengan harga langganan yang lebih berbaloi?

Ciri Family Sharing ini membolehkan pengguna menambah akses kepada ahli keluarga ke dalam pelan langganan iCloud semasa dengan sejumlah ciri menarik menerusinya. Anda boleh ikuti tutorial di bawah untuk mengetahui dengan terperinci.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Cara kongsi iCloud bersama keluarga

1. Pertama sekali, pergi menu Settings pada skrin utama di peranti anda.

2. Menerusi bahagian Settings, klik pada nama Apple ID anda yang terletak di bahagian paling atas.

Sumber Gambar: OSXDaily

3. Kemudian, tekan pilihan menu Family Sharing yang tersedia di di bawah ciri Find My.

Sumber Gambar: OSXDaily

4. Selepas itu, klik pada Add Member.

cara kongsi icloud
Sumber Gambar: OSXDaily

5. Teruskan dengan menekan Invite People untuk menambah ahli baharu. Sekiranya anda ingin menambah ahli baharu yang berusia 13 tahun ke bawah, anda boleh mencipta akaun khusus untuk anak-anak menerusi tetapan Family  Sharing.

Sumber Gambar: OSXDaily

6. Kini anda bakal dipaparkan dengan pilihan untuk menjemput sesiapa sahaja yang mahukan. Jemputan boleh dihantar menerusi AirDrop, e-mel, atau Messages. Anda boleh menghantar jemputan dengan klik pada mana-mana kenalan yang mahu dimasukkan ke dalam pelan iCloud semasa.

Sumber Gambar: OSXDaily

7. Akhri sekali, terdapat notifikasi mesej seperti yang dipaparkan di bawah lalu klik hantar kepada kenalan tersebut.

Sumber Gambar: OSXDaily

Antara kelebihan ciri Family Sharing ini adalah perkongsian storan awan yang lebih besar, kebolehan akses gambar berserta sejumlah servis Apple yang lain pada harga yang lebih rendah. Untuk makluman, anda boleh menambah ahli keluarga sehingga lima orang di bawah pelan iCloud yang sama.

Anda juga boleh membuang mana-mana ahli di dalam pelan tersebut sekiranya mereka tidak mahu menggunakan lagi. Diharapkan dengan tutorial ini dapat memudahkan anda berkongsi pelan iCloud bersama keluarga dan paling penting sekali dapat berjimat bersama-sama.