Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Netflix baru sahaja membenarkan anda mengeluarkan peranti yang dipautkan secara berasingan pada akaun platform penstriman tersebut. Dengan ciri baharu, ini ia tersedia untuk semua pengguna Netflix termasuklah web, aplikasi Google Play Store dan iOS di platform itu.

Artikel Berkaitan:

Ciri ini ditambah untuk memastikan keselamatan akaun peribadi anda daripada diakses tanpa kebenaran. Perkara ini sangat berguna di dalam situasi di mana pengguna log masuk akaun Netflix semasa menginap di hotel atau rumah rakan tetapi lupa untuk melog keluar. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Cara log masuk peranti yang tidak dikenali daripada akaun peribadi Netflix

1. Buka aplikasi Netflix dan pergi pada bahagian profil.

2. Kemudian, tekan pilihan tetapan Account.

Sumber Gambar: Mysmartprice

3. Skroll ke bawah dan lalu tekan pada Manage access and devices di bawah bahagian Security & Privacy.

Sumber Gambar: Mysmartprice

4. Di sini, anda bakal melihat senarai terkini peranti yang aktif pada akaun Netflix anda. Klik Sign Out pada mana-mana peranti yang tidak berkaitan pada senarai tersebut.

Sumber Gambar: Mysmartprice

Netflix menyediakan ciri baharu ini kerana mahu membantu para pengguna dalam menguruskan sekuriti akaun masing-masing dan juga boleh memastikan hanya peranti yang dikenali sahaja yang boleh mengakses sesebuah akaun. Anda boleh mengakses ciri menerusi sejumlah platform mengikut keselesaan anda.