Untuk screenshot satu halaman mungkin mudah sahaja dilakukan untuk kita. Namun, ada masanya anda juga perlu mengambil screenshot keseluruhan kandungan atau perenggan yang mahu dikongsikan kepada seseorang.

Sebenarnya, perkara ini boleh dilakukan dengan mudah menerusi iPhone namun ramai yang tidak mengetahui ciri yang dikenali sebagai scrolling screenshot. Dengan ciri ini, anda boleh mengambil screenshot keseluruhan halaman seperti di laman web. Anda boleh ikuti tutorial cara screenshot kandungan menerusi iPhone di bawah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cara screenshot keseluruhan kandungan menerusi iPhone

1. Buka halaman yang anda mahukan dan mengambil screenshot pada iPhone seperti biasa.

2. Dengan hasil screenshot  kecil di bahagian bawah kiri skrin, klik imej tersebut.

Sumber Gambar: iPhone

3. Seterusnya, anda akan lihat hasil screenshot tersebut dalam skrin besar bersama tab pilihan Screen dan Full Page. Lalu, klik Full Page.

Sumber Gambar: iPhone

4. Kemudian, anda akan melihat pratonton keseluruhan tangkapan skrin menatal di sebelah kanan dengan pratonton yang lebih besar di bahagian tengah.

Sumber Gambar: iPhone

5. Anda juga boleh memotong untuk tangkapan skrin menatal jika ia terlalu panjang dengan menggunakan alat crop.

Sumber Gambar: iPhone

6. Setelah selesai potongan screenshot tersebut, klik Done.

Sumber Gambar: iPhone

7. Tekan Save PDF to Files untuk simpan screenshot panjang tadi.

8. Akhir sekali, pilih fail untuk simpan screenshot itu. Secara default, aplikasi Files akan pilih folder terakhir yang anda guna.

Untuk makluman, semua hasil screenshot akan disimpan dalam format PDF. Jadi, pengguna perlu mempunyai aplikasi Files untuk iOS atau pun menggunakan aplikasi PDF-reader dari pihak ketiga.

Diharapkan dengan tutorial ini anda sudah memahami bagaimana cara untuk mengambil screenshot yang panjang sewaktu diperlukan. Selain menggunakan ciri yang tersedia pada perisian iOS, anda boleh juga mencuba aplikasi pihak ketiga seperti Picsew atau StitchPics yang memberikan kebebasan untuk menyunting kandungan screenshot dengan lebih kreatif.

Sumber