Kami percaya bahawa teknologi dapat membantu kita untuk menambah baik serta memperluaskan lagi capaian perniagaan dengan lebih efisien.

Melalui inisiatif Google Malaysia sebuah program Mahir Digital Bersama Google akan dianjurkan secara percuma oleh pelatih-pelatih Google di Malaysia. Program ini bertujuan untuk membantu anda memiliki kemahiran yang betul bagi mendapatkan pekerjaan, meningkat naik dalam kerjaya, serta membangunkan perniagaan anda secara lebih meluas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

growwithgoogle-096

Selain itu, seminar ini akan dibahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama bagi kategori pemula, seminar ini akan lebih berfokus tentang bagaimana anda ingin meluaskan perniagaan anda melalui atas talian supaya prospek mengenali perniagaan anda.

Peringkat kedua bagi kategori pertengahan, seminar ini akan membimbing anda menggunakan teknologi Google bagi mengembangkan perniagaan anda secara global.

GettyImages-962098266-e1535468891421

Sekiranya anda adalah mereka yang bersedia untuk membawa perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi, pastinya menyertai seminar yang dianjurkan oleh Google Malaysia bagi mengetahui teknologi dan aplikasi Google terkini. Buat anda yang berminat, anda boleh klik di sini untuk menyertainya.

Penulis sebelum ini pernah berkongsi mengenai bagaimana ciptaan berasaskan biji kopi terpakai mampu menjana pendapatan serta inovasi bekas jutera Google dalam menghasilkan sarung tangan basikal.

Lihat Bagaimana Ciptaan Berasaskan Biji Kopi Terpakai Ini Mampu Menjana Pendapatan

Lihat Inovasi Bekas Jurutera Google Dalam Menghasilkan Sarung Tangan Basikal