Makin lama makin banyak pula peranti yang memudahkan hidup dijual di pasaran. Pernah tak anda bayangkan boleh jawab telefon guna kaca mata? Mesti tak pernah kan? Tahukah anda teknologi yang serba canggih ini juga sudah mula dijual di pasaran. Persoalannya, adakah berpatutan harga peranti elektronik ini untuk dimiliki?

Jangan risau sebab dengan pelan HUAWEI Together 2020, anda mampu memiliki peranti HUAWEI dan menikmati ekosistem HUAWEI ke tahap maksimum dan boleh living the smart life. Kalau anda nak memiliki pakej lengkap flagship HUAWEI Mate 30 Pro, FreeBuds 3, MateBook 13, Q2 Pro, Watch GT 2 dan HUAWEI X Gentle Monster anda boleh dapatkan pada harga RM32.53/sehari sahaja tau!

Sambungan lancar antara peranti. Bestnya!

Mate 30 Series

rsz_10436217w-2

Buat yang sentiasa on the go, semestinya perlukan peranti yang menyokong gaya hidup anda. Tak kiralah bekerja di pejabat atau sentiasa mengembara, pastikan anda memiliki Mate 30 Series untuk melancarkan kehidupan.

HUAWEI Mate 30 Series merupakan telefon pintar pertama di dunia yang memiliki kamera dengan 40MP Cine. Melalui lensa ini, Mate 30 Series mampu merakam video dan gambar yang sangat berkualiti.

Bukan itu sahaja, HUAWEI Mate 30 Series juga mempunyai sistem semula jadi yang dibina untuk menyesuaikan kelantangan bunyi, mengambil selfie atau menikmati kawalan quad-finger games dengan interaksi sentuhan sisi yang inovatif.

HUAWEI Mate 30 Series dilengkapi ciri interaktif  ‘AI private view‘ yang berfungsi dengan isyarat kawalan khusus daripada pengguna dan secara tak langsung membantu memudahkan kerja di samping menjaga privasi anda walau di mana anda berada.

Paling syok, HUAWEI Mate 30 Series dibina untuk menyokong bateri berkapasiti tinggi supaya telefon pintar anda tahan lebih lama. Proses pengecasan dengan teknologi HUAWEI SuperCharge 40W dengan pengecasan pantas tanpa wayar yang mencecah sehingga 27W pastinya membantu melancarkan kehidupan anda.

HUAWEI MateBook 13

Perlukan pasangan untuk peranti telefon pintar pada masa yang sama membantu urusan kerja? HUAWEI Matebook 13 Series merupakan jawapan terbaik untuk anda.

https://www.youtube.com/watch?v=gC_S6TYL-34&feature=emb_title

HUAWEI Matebook 13 Series dibina dengan keupayaan memindahkan dan sync kerja anda dengan mudah dari telefon pintar ke komputer riba HUAWEI hanya dengan satu tap saja.

Selain itu, anda boleh mengawal peranti dengan menyambungkan telefon pintar dengan koputer riba saja. Jadi, anda akan lebih fokus kepada satu peranti je semasa bekerja.

Tapi, apa yang bestnya dengan penyambungan peranti HUAWEI ni, anda masih lagi boleh gunakan telefon pintar walaupun sedang menggunakan komputer riba dengan kombinasi multi-skrin. Hebat bukan?

Lengkapkan gaya hidup pintar anda dengan peranti pintar HUAWEI yang stylo!

Watch GT 2

9H9A3914-2

Macam mana nak bersukan atau melakukan aktiviti lasak tapi dalam masa yang sama nak enjoy the moment dan rakam detik tu? Apa kata anda gandingkan HUAWEI Mate 30 Series dengan jam tangan pintar Watch GT 2.

Watch GT 2 direka khas bagi anda yang mempunyai gaya hidup aktif. Teknologi jam tangan pintar ini dilengkapi dengan pemantau kesihatan dan penjejak kadar degupan jantung. Anda boleh pasangkan bersama telefon pintar HUAWEI bagi memastikan anda peka dengan keadaan kesihatan anda.

Apa yang menariknya pasal Watch GT 2 ialah keupayaanya untuk membuat dan menjawab panggilan telefon tanpa kewujudan telefon pun. So, bila anda pergi bersukan, tak payah nak bawa banyak-banyak peranti pun!

Hanya sambungkan Watch GT 2 anda dengan telefon pintar HUAWEI dan anda boleh buat atau jawab panggilan dengan mudah. Siap boleh mainkan muzik melalui pergelangan tangan tau!

[Freebuds 3]

Screenshot-2019-12-19-at-8.01.46-AM

Mendengar muzik menggunakan earphones merupakan satu kemestiaan, lebih-lebih lagi ketika berkerja atau ketika tak mahu diganggu. Tapi, earphones biasa masih tak mampu menghalang bunyi luar daripada mengganggu anda.

Haa.. Sebab tulah HUAWEI memperkenalkan Freebuds 3 dengan ciri pintar yang membantu anda menikmati muzik mengikut keselesaan pendengaran anda. Reka bentuknya yang ringkas dan trendy pasti memberikan keselesaan ketika penggunaan jangka masa yang panjang.

HUAWEI FreeBuds 3 direka dengan pautan pemilihan saluran bluetooth melalui algoritma yang mampu mengesan peranti sambungan dengan pantas, selain keupayaan utama yang dimiliki iaitu noise cancellation yang boleh membatalkan atau menghalang bunyi luar daripada mengganggu anda.

[Gentle Monster X HUAWEI Eyewear]

191107-huawei-gentle-monster-smart-eyewear-07-630×250

Inilah kaca mata yang paling diperkatakan tahun ini, bukan saja membuatkan penggunanya tampil trendy malah kaca mata Gentle Monster X HUAWEI Eyewear yang serba canggih ni memang direka untuk gaya hidup baru yang pintar.

Boleh disesuaikan untuk pelbagai gaya, kaca mata HUAWEI ini dilengkapi speakertersembunyi, mampu menghasilkan bunyi yang jelas. Malah, anda juga boleh menjawab panggilan dengan satu sentuhan pada Gentle Monster X HUAWEI Eyewear ni tau!

[HUAWEI Q2 Pro]

11-1-1024×512

Selain peranti elektronik, HUAWEI juga mempunyai perkakasan Internet seperti modem atau penghala yang dikenali sebagai WiFi Q2 Pro dengan binaan sendiri power cat chip-Huawei Lingxiao 5630 yang menjamin kelajuan internet yang pantas dan stabil.

WiFi Q2 Pro juga menggunakan Protokol IPv6-Internet Versi 6 yang merupakan protokol IP yang baru. Menariknya, ia tak memerlukan kabel network, tapi hanya perlu sambungkan HUAWEI WiFi Q2 Pro dengan komputer serta router utama dan ia akan dihidupkan secara automatik. Hebat kan!

Peranti HUAWEI memenuhi gaya hidup pintar masa kini!

Berita Harian_HUAWEI SmartLife package – H33cm X W26.1cm

HUAWEI Produk Smartlife sesuai untuk semua gaya hidup dan keperluan yang berbeza-beza. Tawaran pakej juga boleh dibeli secara berasingan. 

Apa lagi yang anda tunggu? Jom jadikan gaya hidup anda lebih teratur dan pintar dengan bantuan teknologi terbaik daripada peranti HUAWEI. Sekarang, dengan pelan ansuran HUAWEI 2020 Smart Life Package, anda boleh dapatkan semua peranti ni dengan harga bermula RM8.97 sehari!

Ada banyak lagi pakej menarik yang anda boleh nikmati dengan HUAWEI 2020 Smart Life Package. Kalau nak tahu lebih lagi, klik sini.

Together-2020-Endframe_1920x1080pxH-01

Gaya hidup pintar bermula dari anda dan HUAWEI! Untuk maklumat lanjut, layari laman web HUAWEI hari ini juga!

Melalui pelan ansuran Huawei, anda bukan sahaja dapat menikmati penggunaan peranti terbaru daripada jenama ini, malah Huawei turut menawarkan pakej travel. Oh ya, pakej ini juga turut ditawarkan buat para pelajar.

‘Reward’ Diri Dengan Travel Bersama Pakej Peranti HUAWEI Serendah RM22.13 Sehari

Kini Pelajar Boleh Miliki Matebook 13 Dan Pelbagai Peranti HUAWEI Dengan Skim Bayaran Ansuran!