Sejak Apple mengaku sengaja memperlahankan prestasi iPhone 7 dan sebelumnya, berita ini nampaknya telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada para pengguna. Lebih parah, Apple turut menegaskan mereka komited untuk meneruskan usaha ini pada model-model akan datang.

Kini bersempena dengan model terbaru Apple, CNET telah membandingkan tiga model iPhone keluaran Apple pada tahun ini untuk membandingkan model manakah berjaya bertahan dengan lebih lama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: CNET

Disebalik penggunaan dua bateri pada Apple iPhone X, model ini nampaknya gagal untuk menjadi model dengan ketahanan bateri terbaik. Salah satu puncanya adalah penggunaan skrin OLED yang menggunakan tenaga yang banyak untuk mengeluarkan paparan yang lebih terang.

Apple iPhone 8 Plus selaku model iPhone terbesar keluaran tahun ini muncul juara dengan ketahanan bateri selama 13.75 jam diikuti dengan Apple iPhone 8.

Khas buat pengguna iPhone, sekiranya anda lebih selesa dengan home button serta mementingkan ketahanan bateri, mendapatkan Apple iPhone 8 Plus merupakan pilihan yang tepat.

Lebih menarik, Lazada turut menawarkan promosi diskaun sebanyak 10%. Anda juga boleh dapatkan iPhone 8 yang mempunyai ketahanan bateri yang hampir sama seperti iPhone 8 Plus dengan harga promosi di sini.

Baca lagi: Apple Disaman Setelah Mengaku Memperlahankan Prestasi iPhone Terdahulu

Sumber