Menyebut mengenai Sanrio Times mungkin ramai yang kurang mengenalinya namun kami pasti ramai yang cukup kenal dengan watak Hello Kitty. Untuk pengetahuan anda, Hello Kitty merupakan salah satu daripada watak siri Sanrio Times serta yang terpopular.

Melihat kepada para peminat Hello Kitty yang kian bertambah meskipun sudah hampir lima dekad, The Sanrio Times pada kali ini bakal mengadakan pameran terbesar di Asia Tenggara bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Print

Antara yang menjadi tarikan utama pada pameran ini adalah The Plushy World dimana para pengunjung bakal dibawa ke sebuah yang dipenuhi lebih 100 watak Sanrio Times. Nak tahu apa lebih best, para peminat bakal berpeluang melihat patung Hello Kitty gergasi dengan ketinggi 3.5 meter.

Pameran The Sanrio TimesĀ ini bakal berlangsung di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 24 November 2018 hingga 6 Januari berrmula jam 11 pagi hingga 9 malam setiap hari. Penawaran sehingga 13 zon melibatkan 400 watak comel berwarna-warni pastinya membuatkan kenangan masa kecil anda.

Sanrio Village (4)

Sanrio Village (2)

The Plushy World (2)

Strawberry Studio (2)

The Plushy World (3)

Tiket untuk memasuki pameran ini cuma RM30 buat warganegara Malaysia. Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkan tiket early bird sebelum 20 November dengan harga penawaran serendah RM25 sahaja.

Sekiranya anda atau rakan anda merupakan peminat Hello Kitty, mungkin ini pameran yang anda nanti-nantikan selama ini. Jangan lupa ajak bersama rakan anda untuk memeriahkan lagi pameran Sanrio Times terbesar di Asia Tenggara ini.