Bersempena dengan ulang tahun 50-tahun operasi pemasangan tempatan (CKD) kenderaan berjenama Toyota di kilang Bukit Raja Jun tahun lalu, Toyota berjaya mengejutkan ramai dengan memperlihatkan model pertama Toyota yang dipasang di Malaysia iaitu Toyota Corolla generasi pertama.

Kehadiran model pertama Toyota Corolla yang dikeluarkan pada tahun 1968 ini nyata berjaya membuatkan para peminat Toyota serta peminat kereta retro teruja apatah lagi melihat model ini diberi sentuhan seakan sebuah model yang baharu. Terbaharu, UMW Toyota telah mengongsikan video di sebalik pembangunan model ikonik ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Paul Tan
Toyota-Corolla-KE10_UMWT_327_BM-850×601
Sumber: Paul Tan

Mengetahui tempoh kereta ini yang tidak bergerak dalam tempoh yang lama sudah pastinya ramai yang berangapan model ini tidak mampu dibaik pulih. Ditambah pula dengan umur kereta ini yang lebih setengah abad sudah pastinya membuatkan proses restorasi model ini agak sukar.

Walau bagaimanapun projek yang diketuai oleh Khairil Anuar Sarmat selaku Konsultan Teknikal Senior di UMW Toyota berjaya menghidupkan semula Toyota Corolla KE10 yang sudah 15 tahun tidak bergerak ini.

Menurut beliau, model ini sudah mengalami kerosakan pada bahagian enjin serta kotak gear. Berbekalkan bantuan daripada internet, pihak mereka berjaya mendapatkan komponen-komponen yang diperlukan serata Malaysia dalam usaha untuk menjayakan projek ini.

Untuk pengetahuan, model ini mulai didapatkan UMW Toyota daripada orang awam sekitar tahun 2006 sebelum menjalani proses restorasi dan dibiarkan di UMW Galeriku, Shah Alam sebelum diberi sentuhan semula untuk membolehkan model ikonik ini terus bergerak.

Setakat 2018, Toyota turut berjaya mengungguli carta jenama automotif paling bernilai di dunia. 

Toyota Berjaya Dipilih Sebagai Jenama Automotif Paling Bernilai Dunia

Sultan Johor Berjaya Menjadi Pemilik Terawal Toyota GR Supra

Sumber