Pernahkah anda makan gulai asam rong yang terkenal di Jerantut atau Raub? Itu baru gulai, kali ini kami bawakan anda satu resipi yang cukup unik iaitu resipi sambal asam rong. Adakah anda teruja?

Seorang pengguna Facebook Lily Suryani Mohd Ali baru-baru ini telah berkongsi resipi sambal asam rong. Menariknya, cara untuk memasak sambal asam rong ini sungguh mudah. Baca resipi tersebut di bawah ini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahan-bahan yang diperlukan:

bahan

1. Biji getah (gunakan yang baru gugur sahaja)
2. Cili
3. Garam

Cara-cara membuatnya:

ketuk biji getah

1. Ketuk biji getah tersebut dan buangkan kulit kerasnya
2. Tumbuk cili dan garam sehingga lumat
3. Kemudian, masukkan biji getah dan tumbuk sehingga hancur

tumbuk cili dan garam

masukkan isi

4. Sapukan minyak pada kuali dan panaskan sedikit kuali
5. Letakkan acuan tadi ke atas kuali seperti lempeng
6. Gunakan api yang kecil dan tunggu sehingga ia berwarna kekuningan

tumbuk

ltk ats kuai

Nampak senangkan untuk membuat sambal asam rong ini. Dikhabarkan sambal asam rong ini sedap dimakan begitu sahaja ataupun makan bersama nasi. Apa tunggu lagi, jangan lupa mencuba menu ‘rare’ ini.

Sumber