Keropok lekor ialah salah satu hidangan minum petang terkenal di Malaysia. Sudah pasti ramai mengetahui keropok lekor paling sedap berasal dari Terengganu, tetapi bagaimana jika anda terlalu menginginkan hidangan tersebut?

Jangan risau, perkongsian daripada seorang pengguna Twitter, @wakgemblong baru-baru ini telah viral dengan idea mudah resipi keropok lekor hanya menggunakan 4 bahan sahaja.

https://twitter.com/wakgemblong/status/1014798314875731969

Percaya atau tidak, resipi keropok lekor ini hanya menggunakan Mi Sedaap, telur, tepung ubi dan tepung gandum. Benar, resipi ini tidak mengandungi ikan sama sekali. Cara membuatnya mudah sahaja, pertama sekali mestilah siapkan bahan utama iaitu Mi Sedaap. Rebus Mi Sedaap sehingga kembang, kemudian tumbuk sampai lumat.

https://twitter.com/wakgemblong/status/1014799404711100416

https://twitter.com/wakgemblong/status/1014799604519321600

https://twitter.com/wakgemblong/status/1014799886019989504

Gunakan perencah sedia ada di dalam paket mi tersebut dan adun sehingga sebati bersama sebiji telur. Tambah perasa seperti garam dan lada mengikut selera.

https://twitter.com/wakgemblong/status/1014800205806428160

Apabila sudah sebati, tambah tepung ubi dan uli sehingga menjadi seperti doh. Taburkan sedikit tepung gandum untuk memastikan doh tersebut tidak melekat.

https://twitter.com/wakgemblong/status/1014800519884255232

Kemudian, bentukkan doh tersebut memanjang. Didihkan air dan masukkan sedikit garam ke dalam air tersebut. Apabila sudah mendidih, masukkan satu-persatu doh yang telah dibentuk tadi dan tunggu sebentar sehingga agak masak.

https://twitter.com/wakgemblong/status/1014800799229042688

https://twitter.com/wakgemblong/status/1014801172668956674

Angkat keropok lekor tersebut apabila sudah terapung dan potong sesuai dengan selera anda. Keropok lekor sedia untuk digoreng.

https://twitter.com/wakgemblong/status/1014801611326095360

https://twitter.com/wakgemblong/status/1014802541308071936

Selamat mencuba sebagai menu minum petang hari ini.

Sumber