Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, berita paling hangat diperkatakan oleh netizen adalah pelbagai jenis roti terutama sekali Gardenia sering habis di pasaran.

Apa kata anda cuba buat sendiri roti dengan mencuba resipi ini yang pastinya sedap dan gebu serta paling utama modah hanya serendah RM5 sahaja. Baca perkongsian resipi oleh pengguna Facebook Azlina Ina di bawah ini. Ayuh kita mulakan!

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Asalamualaikum anak2 mak satu malaysia..Yg dinanti2..Sebab mak tgk terlalu ramai cari rotiūüėĚanak2 paksa mak bg resepi…

Posted by Azlina Ina Fans on Tuesday, 24 March 2020

Bahan-bahan membuat pelembut doh:

1. Tepung gandum – 2 sudu besar
2. Secawan air

Cara-cara membuat doh:

1. Campurkan kedua-dua bahan sehingga rata dan tapis.
2. Kemudian, masak sehingga menjadi likat dan siap.

5446

Bahan-bahan membuat yis:

1. Yis
2. 1/2 cawan air suam
3. 2 sudu besar gula

Cara-cara membuat yis:

1. Tuangkan air suam ke dalam yis.
2. Kemudian, masukkan gula dan tutup kesemua bahan yang telah dicampur selama 10-15 minit.

Bahan-bahan adunan roti:

1. 1kg tepung
2. Sebiji telur
3. 3 sudu besar majerin atau butter
4. 3 sudu besar pelembut doh
5. Sedikit garam halus
6. 4 sudu besar susu tepung (jika suka)
7. 1/2 sudu besar baking powder (jika tiada tidak mengapa)
8. 5 sudu besar gula

Cara-cara membuat adunan roti:

1. Gaulkan kesemua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Kemudian, masukkan 1/2 cawan yis yang berbuih tadi.
3. Selepas itu, uli sikit-sikit.
4. Masukkan air sejuk ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan uli sehingga rasa doh lembik sedikit.

4a78

0414

5. Tabur sedikit tepung untuk memastikan adunan tidak melekit di tangan.
6. Uli doh sehingga doh licin dalam 10 minit.
7. Selepas itu, tutup adunan doh tu dengan tuala lembab untuk membuatkan ia kembang.

4af4

a49f

8. kemudian, tumbuk dok tadi untuk buang angin dalam doh.
9. Uli dan letakkan minyak pada tangan dan bekas untuk senang bentukkan doh.
10. Letakkan doh dalam bekas untuk dimasukkan dalam oven dan panaskan oven 100 darjah selama 30 minit.
11. Pastikan doh sudah kembang betul sebelum masukkan ke dalam oven.

3474

8520

12. Kemudian, sapukan majerin atau butter pada bahagian atas doh dan bakar dalam oven suhu 150 darjah selama 45 minit api atas bawah, bergantung jenis oven anda.
13. Jika roti sudah berwarna perang, maka ia sudh masak dan sapukan majerin atau butter untuk kilatkan ia dan siap.

643b

Macam mana dengan perkongsian resipi ini? Tidak perlulah anda kecewa selepas ini jika roti Gardenia kegemaran habis di pasaran kerana anda boleh buat sendiri. Resipi apa lagi yang anda ingin kami kongsikan? Berikan pandangan anda pada ruangan komen, ok!

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan inilah anda patut cuba pelbagai resipi untuk asah skil memasak anda. Ketahui resipi lain yang anda boleh cuba pada pautan di bawah ini.

Dalgona Coffee Jadi Kegilaan Netizen, Ini 5 Resipi Dalgona Lain Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah

Resipi Mudah, Sedap Dan Sihat Kek Pisang Kukus

Resipi ‘Hashbrown Cheese’ Lazat Pasti Buat Anda Terliur

Anda Mungkin Suka