Burger merupakan antara makanan segera kegemaran hampir semua orang di seluruh dunia. Malah, jika kita lihat di Malaysia, setiap kali McDonald’s, Burger King atau cawangan restoran makanan segera lain hadir dengan menu burger baharu, pasti kebanyakan rakyat Malaysia berduyun-duyun ingin mencubanya.

Ini menunjukkan bahawa burger memiliki peminatnya tersendiri. Tahukah anda bagaimana burger ini boleh terhasil dan bagaimana ia menjadi makanan kegemaran ramai orang hampir di seluruh dunia?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @PopPelangi telah berkongsi sejarah makanan segera paling terkenal iaitu burger. Baca perkongsiannya di bawah ini:

Sejarah awal

Sebelum manusia tahu mengisar daging, manusia telah belajar menternak haiwan kira-kira 12,000 tahun yang lalu. Sebelum itu, manusia memburu haiwan seperti rusa, antelope dan bison. Harus diingat jika manusia tidak mengubah diet makanan daripada makan sayuran kepada daging, sel otak kita tidak menjadi besar seperti hari ini.

Daging adalah protein yang sangat penting dalam pertumbuhan otak dan otot dalam memastikan tubuh kita sihat. Apabila manusia sudah mula belajar menternak haiwan kira-kira di penghujung era Eemian yang lebih panas iaitu peralihan antara cuaca Pleistocene yang sejuk (Ice Age), kepada cuaca hari ini iaitu Holocene, kira-kira 12,000 tahun yang lalu.

Apabila rumput mula tumbuh dari ais yang mencair, haiwan seperti lembu, kambing dan babi mula diternak. Dan hasilnya, berlakulah apa yang dipanggil sebagai Revolusi Pertanian Pertama di zaman Neolitik (Zaman Batu Baru), sebelum ke zaman Gangsa. Salah satu cara untuk memasak daging ialah dengan cara membakar daging yang telah dilakukan dari zaman manusia berburu lagi.

Kira-kira pada abad ke-13, Mongolia mula menakluk sepertiga Dunia Lama. China ditawan dan ditadbir oleh Dinasti Yuan, Empayar Islam seperti Abbasiyyah dihancurkan, dan kerajaan di Eropah Timur dengan menawan Kievan Rus, Hungary, Serbia dan Poland.

Kemunculan daging kisar

Disebabkan daging kisar lebih mudah dibawa dan lebih cepat dimasak, Mongol mencipta teknik daging kisar ini untuk pihak tenteranya. Daging biasa selalunya masak lambat berbanding daging kisar yang jauh lebih cepat serta lebih mudah disimpan.

Penaklukan Mongol di Poland pada 1240an menyebabkan budaya mengisar daging popular di Eropah, termasuk bebola daging yang popular di Skandinavia, dan Frikedeller di Belanda. Makanan daging hancur di Eropah dipanggil steak tartare, iaitu datang dari perkataan Tatar, iaitu nama lama untuk Mongolia. Dan ramai pekerja dari Poland bekerja di limbungan kapal di pelabuhan Hamburg, menyebabkan makanan ini terkenal di bandar tersebut.

Dari situ ia dipanggil ‘Hamburger steak’. Tidak ada kaitan dengan perkataan ‘ham’ atau daging khinzir yang dikeringkan dan kebanyakan ‘hamburger’ memang daripada daging lembu. Pada tahun 1871, Prussia menyatukan seluruh wilayah Jerman menjadi empayar.

Otto von Bismarck telah menyatukan seluruh bangsa Germanic menjadi satu bangsa dengan ekonomi yang kuat, dan ia telah menggerunkan kuasa Eropah lain seperti British dan Perancis yang merupakan kuasa imperialis pada ketika itu.

Burger lambang kegigihan dan keusahawanan

Kemuncak kepada permusuhan itu adalah Perang Dunia Pertama. Kekalahan Jerman dan kejatuhan ekonomi, serta Raja Wilhelm II dipaksa turun takhta, menyebabkan ramai warga Jerman berhijrah ke Amerika Syarikat yang ketika itu muncul sebagai kuasa baru industri pada era 1910an.

Mereka yang datang ke Amerika sehelai sepinggang tidak punya apa-apa, cuma berniaga burger di tepi jalan terutamanya di New York dan Philadelphia. Melalui semangat keusahawan tinggi serta mahu mengejar Impian Amerika (American Dream), burger lama kelamaan menjadi lambang kepada kegigihan dan keusahawanan para imigran di Amerika.

Itulah sejarah awal tercetusnya idea menghasilkan burger. Anda mungkin berminat untuk baca artikel berkaitan dengan Ramly Burger pencetus revolusi burger jalanan di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut. 

‘Ramly Burger’ Pencetus Revolusi Burger Jalanan Di Malaysia

Tonton Reaksi Kanak-Kanak Amerika Syarikat Cuba Makan Burger Ramly ‘Special’

Sumber