Bagi anda yang sering  menaiki penerbangan AirAsia, pasti anda sering makan makanan dalam penerbangan mereka. Terdapat pelbagai pilihan makanan enak seperti Nasi Lemak Pak Naseer, Nasi Ayam Uncle Chin dan sebagainya.

Pernahkah anda tertanya-tanya siapa individu di sebalik nama makanan yang diperkenalkan? Tahukah anda bahawa nama Nasi Ayam Uncle Chin dinamakan bersempena nama seorang juruterbang di AirAsia?

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, juruterbang tersebut adalah Captain Chin Nyok San dan beliau merupakan pekerja pertama yang Tony Fernandes jumpa pada 19 tahun lalu. Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh pihak AirAsia.

Tony Fernandes telah berkongsi moment di majlis persaraan Captain Chin Nyok San semalam. Malah, kelihatannya Captain Chin Nyok San amat disenangi oleh rakan sekerjanya.

Kini, anda sudah ketahui Nasi Ayam Uncle Chin diambil daripada siapa. Mungkin selepas ini kita akan ketahui siapa sebenarnya Pak Naseer?

Jika anda rindu untuk menikmati Nasi Ayam Uncle Chin, anda boleh beli makanan dalam penerbangan ke destinasi pilihan anda. Lagi-lagi sekarang AirAsia sedang tampil dengan promosi hebat. 

Promosi 6 Juta Tempat Duduk Percuma AirAsia Kembali Lagi Bermula 4 November 2019

Cawangan Pertama Santan Oleh AirAsia Bakal Dibuka Di Mid Valley Tidak Lama Lagi

Anda Mungkin Suka