Sebut mengenai Singles’ Day atau tarikh 11.11 pasti ramai yang mengingatinya sebagai hari yang penuh dengan promosi dan diskaun daripaada pelbagai rangkaian atas talian.

Kegilaan Singles’ Day ini nampaknya semakin memakin memuncak dikalangan pengguna sejak beberapa tahun terakhir ini dengan kehadiran beberapa platform e-commerce popular seperti Alibaba, Lazada dan Shopee.

thumbnail-watchgt21
HYPE
Kenapa Anak Muda Gilakan Jam Pintar HUAWEI WATCH GT 2 Ni? Katanya Boleh Play Lagu Lagi!
Baca lagi →

Sebelum Singles’ Day menjadi pilihan orang ramai untuk berbelanja, beberapa hari lain yang dikhaskan untuk berbelanja turut diadakan seperti Black Friday walau bagaimanapun Black Friday dilihat kurang mendapat sambutan kecuali di Amerika Syarikat malah jumlah kutipan jualan juga jauh lebih rendah berbanding Singles’ Day.

Hal ini berikutan Singles’ Day pada mulanya diasaskan oleh seorang pelajar dari China sekitar awal 1990 sekaligus membuatkan hari ini sangat sinonim dengan promosi jualan barangan di China serta mulai diikuti beberapa negara lain.

Bagaimana Singles’ Day bermula

6756c0b0-0468-11ea-b6f7-c21030a6d38a

Seperti namanya, tarikh 11.11 dipilih sebagai Singles’ Day dimana angka ‘1’ dikatakan sangat kehidupan sebagai seorang solo tanpa pasangan. Singles’ Day pada mulanya diperkenalkan sebagai hari menghargai mereka yang tidak mempunyai pasangan.

Tahun demi tahun, Alibaba buat pertama kalinya pada tahun 2009 mula memilih tarikh ini sebagai hari untuk mengadakan promosi besar-besaran serta peluang buat mereka yang bujang untuk menghadiahkan diri mereka dengan barangan yang diingini beserta harga promosi.

jiang_fan-e1573536145651

Pada 2014, Alibaba berjaya memecah rekod sebagai penerima jumlah jualan tertinggi oleh sebuah syarikat dengan jumlah $14 bilion (RM58 bilion). Tahun-tahun berikutnya angka yang dicatatkan Alibaba sempena Singles’ Day dilihat terus meningkat dimana syarikat ini berjaya memperoleh RM158.37 bilion.

Kemeriahan Singles’ Day ini secara tidak langsung turut mengundang beberapa syarikat besar daripada negara luar untuk turut sama menjayakannya seperti Adobe, Apple, Nike dan Estée Lauder.

singles

Sumber: thenypost

Kini, Singles’Day bukan sahaja disambut oleh mereka yang bujang malah mereka yang berkeluarga untuk mendapatkan kelengkapan rumah, makanan serta pelbagai lagi barangan lain yang tersedia.

Melihat kepada trend orang ramai yang lebih selesa untuk mendapatkan barangan secara atas talian, pastinya Singles’ Day bakal lebih meriah untuk tahun-tahun akan datang.

Alibaba pada tahun ini sekali lagi mencapai jumlah jualan tertinggi mereka sebanyak RM158.37 bilion. Lazada pula cuma memerlukan 13 jam untuk menandingi rekod jualan 11.11 pada tahun lalu. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Alibaba Peroleh RM158.37 Bilion Sempena 24 Jam Jualan 11.11

Rekod Jualan 11.11 Lazada Pada Tahun Lalu Berjaya Dipecahkan Dalam 13 Jam Sahaja

 

Anda Mungkin Suka