Pernah tak anda tengah enjoy menonton video di Youtube tiba-tiba buffering pula lalu video pon terhenti seketika. Mesti tak best bukan? Situasi yang berlaku tidak jauh beza dengan kehadiran iklan disaat paling klimaks di dalam sebuah rancangan televisyen. Ditambah pula jika iklan yang hadir sejurus waktu kemuncak tersebut merupakan iklan yang annoying atau menjengkelkan.

Jika anda selalu mengalami masalah diatas, Youtube Video Checkup merupakan tools yang anda perlu perlukan. Melalui Youtube Video Checkup, anda kini mampu untuk mengenalpasti telco manakah yang paling terbaik di kawasan sekitar anda.

rtx6cut9_wide-0966b1068552c4498486b6e344c3dcb19861a885-s1600-c85
HYPE
Ini Inisiatif Tenaga Nasional Berhad Berdepan Musim Tengkujuh Yang Bakal Tiba
Baca lagi →

Difahamkan, data yang diterima Google ini melalui cara penggunaan pengguna melalui 4 jenis telco iaitu Maxis, Celcom, Digi dan U-Mobile mengakses video SD dan HD menggunakan aplikasi Youtube. Setakat ini, Webe dan Yes masih belum disenaraikan Google Malaysia dan kemungkinan bakal ditambah tidak lagi lagi.

Berdasarkan data yang kami diterima, Maxis dan Celcom merupakan dua telco yang mempunyai rangkaian terbaik di Kuala Lumpur dan Klang Valley. Masing-masing mencatatkan 4/5 bintang berdasarkan prestasi semasa. Begitu juga dengan kawasan luar bandar, kedua-dua telco ini berjaya mencatat markah yang tertinggi berbanding Digi dan U-Mobile.

Buat anda yang mahu menggunakan Youtube Video Checkup, anda boleh klik di sini. Seterusnya masukkan nama kawasan yang anda tinggal dan Google akan menyenaraikan telco yang terbaik.

Cadangan daripada Google ini tidak meliputi bab caj dan sebagainya sebaliknya cuma memfokuskan kepada rangkaian yang terbaik semata-mata. Jom cuba dan nyatakan pendapat anda di ruangan komen. Adakah data daripada Google ini menepati dengan kelajuan internet di kawasan anda.

Anda Mungkin Suka