Umum mengetahui bahawa kini sedang berlangsungnya sebuah festival muzik di Belgium yang dikenali sebagai Tomorrowland. Tidak sedikit orang mencuba untuk meraih tiket terawal untuk menyertai festival ini kerana tiket ini agak terhad. Lihat perkongsian seorang lelaki Malaysia ini di bebenang Twitternya mengenai perjalanan untuk mendapatkan tiket “worldwide pre-sale”.

Anda dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu untuk menempatkan diri dalam senarai terawal untuk menempah tiket.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tiket “Worldwide Pre-sale” hanya menawarkan 80 keping tiket yang membenarkan 20 orang terawal untuk memiliki 4 keping tiket.

Sekiranya anda berjaya ke peringkat seterusnya, anda akan diberi pautan untuk merebut peluang untuk menjadai 20 orang terawal.

Difahamkan terdapat beberapa pilihan pakej yang ditawarkan dan beliau menyarankan untuk memilih ‘Dreamville Packages’ yang disertakan dengan tapak perkhemahan sebagai tempat penginapan.

Anda akan menerima treasure box yang mengandungi bracelet sebulan sebelum berlangsungnya konsert sekiranya anda telah disahkan memiliki tiket masuk. Anda dikehendaki untuk mengaktifkan bracelet terlebih dahulu.

Pelbagai kemudahan telah disediakan di tapak Dreamville untuk pengunjung seperti gym dan juga deretan kedai.

Berikut merupakan perkongsian suasana ketika berlangsungnya konsert berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Twitter @meinmokhtar.

Sumber