Sukan rugbi mungkin sedikit asing buat peminat sukan tanah air tetapi Sabtu lalu, Malaysia melakar sejarah apabila berjaya mengalahkan Singapura 40-20 dan seterusnya berjaya memenangi piala Asia Rugby Championship Divisyen 1 buat kali yang pertama! Bukan itu sahaja, kedudukan skuad ragbi tanahair turut naik dari kedudukan ke-60 dan berkemungkinan akan menghuni tangga ke-47 dunia dalam senarai World Rugby.

Ucapan tahniah dari Dato' Sri Najib Tun Razak
Ucapan tahniah dari Dato’ Sri Najib Tun Razak

Di sebalik kemanisan bergelar juara, pasti perlu menempuh pengalaman getir dan pahit. Azmir Zed adalah salah seorang pemain pasukan Malaysia yang menyempurnakan dua try penting dalam perlawanan itu dan beliau mahu berkongsi pengalaman beliau ketika bersama pasukan Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi Azmir, kemenangan ini adalah sesuatu yang penting kepadanya dan untuk masa depan sukan rugbi di Malaysia. Beliau sangat gembira kerana dapat memberi mata kepada pasukan Malaysia semasa di perlawanan akhir. Perlawanan itu menjadi lebih bermakna apabila ibu kepada Azmir turut sama menonton perlawanan itu buat kali pertama walaupun beliau sudah aktif dalam sukan rugbi untuk lebih 20 tahun.

Gambar pasukan Malaysia di akhbar Malay Mail

Gambar pasukan Malaysia di akhbar Malay Mail
Pengorbanan Azmir yang meninggalkan kerja tetap beliau untuk fokus secara serius dalam sukan rugbi kini sudah membuahkan hasil. Beliau juga berterima kasih kepada semua penyokong yang selama ini menjadi nadi untuk mereka terus berjuang. Walaupun peminat sukan rugbi tidak begitu besar jika dibandingkan dengan sukan bola sepak, tetapi itu tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang demi negara tercinta.

Nampaknya sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan atau Kementerian Belia & Sukan khususnya menyediakan fasiliti dan stadium yang sewajarnya untuk pasukan rugbi Malaysia. Timbul rasa terharu sebab mereka ini main di padang biasa-biasa sahaja, tetapi dapat jadi juara. Kalau bola sepak boleh disediakan fasiliti berkelas dunia, kenapa tidak sukan rugbi? Macam dianaktirikan pula sukan rugbi ini.

“Harapan saya adalah untuk Malaysia layak ke Rugby World Cup 2019 yang bagi saya ianya tidak mustahil kerana dari segi kekuatan pula, Malaysia kini adalah top 4 di Asia. Saya harap lebih ramai rakyat Malaysia mengenali sukan rugbi ini dan lebih sokongan dari kerajaan terhadap sukan ini,” kata Azmir.

Azmir turut berkonsi frasa ini buat rakan-rakan sepasukannya,”KITA MAIN SAMA SAMA, KITA KALAH SAMA SAMA, KITA MENANG SAMA SAMA!” Well said! #ragbipadu

IMG-20160514-WA0113

Kredit gambar cover : Fadzil Hisham (Tigers Super Sports)