Di atas kejayaan dalam mengurangkan kesesakan trafik di semua lorong keluar plaza tolnya, PLUS Malaysia Berhad akan melaksanakan sepenuhnya langkah tiada tambah nilai di setiap lorong keluar plaza tolnya.

Di dalam satu kenyataan media, PLUS menyatakan bahawa inisiatif yang mula dijalankan sejak 1 Ogos lalu di plaza tol Wilayah Tengah berjaya mengurangkan kesesakan pada setiap lorong sebanyak 48.2%,  dengan penurunan bilangan kenderaan kepada 22,000 kenderaan.

Secara tidak langsung, bilangan pengguna lebuhraya berkenaan yang mempunyai baki rendah atau tidak mencukupi yang beratur untuk menambah nilai di lorong keluar di plaza-plaza tol di Wilayah Tengah (laluan Seremban hingga Ipoh Selatan) dapat dikurangkan.

Selain itu, inisiatif ini dikatakan bertujuan untuk menjamin keselamatan pembantu perkhidmatan pelanggan PLUS kerana kemalangan melibatkan kenderaan berat melanggar pondok tol kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Justeru itu, pelanggan PLUS dinasihatkan untuk merancangan perjalanan mereka dan memastikan bahwa kad tambah nilai Touch N Go mempunyai baki yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Perkhidmatan tambah nilai kad Touch N Go boleh didapati di  lebih 10,000 pusat tambah nilai yang terdapat di seluruh negara termasuk mesin ATM, stesen minyak, kedai serbaneka, kawasan rehat dan rawat dan pusat membeli-belah.

Visa kini bekerjasama bersama PLUS bagi memudahkan urusan pembayaran tol dilakukan. Klik pautan dibawah untuk bacaan lanjut.

Visa Bekerjasama Dengan PLUS Bagi Memudahkan Pembayaran Tol

Syarikat Antarabangsa Berminat Untuk Ambil Alih PLUS Malaysia Dengan Nilai RM3 Bilion

Sumber