Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Isu golongan antivaksin sememangnya tidak asing lagi berlaku di negara ini bahkan pegangan ini juga berpengaruh hampir seluruh penduduk di dunia. Bukan sahaja tidak percaya kepada kegunaan vaksin, rata-rata mereka juga gemar memberikan hujahan yang tidak logik dek akal untuk mengembangkan kepercayaan ini.

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai seorang ketua agama atau rabbi Yahudi yang berpengaruh di Israel, Rabbi Daniel Asor yang mengeluarkan kenyataan bahawa suntikan vaksin COVID-19 ini berpotensi untuk mengubah seseorang lelaki normal untuk cenderung menjadi gay atau suka sesama jantina.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Sekadar Gambar Hiasan

Menurut sumber, Daniel mendakwa bahawa fenomena virus COVID-19 dan vaksin juga merupakan agenda rahsia untuk mengawal dunia dengan membentuk undang-undang baru atau New World Order (NWO) yang didalangi persatuan rahsia Illuminati, Freemason dan pengasas Microsoft Bill Gates.

Difahamkan, perkongsian syarahan Daniel mengenai vaksin COVID-19 memberikan kesan kepada gay ini dibocorkan oleh seseorang individu yang tidak dikenal pasti di internet. Perkongsian tersebut tular dan menjadi bahan jenaka oleh netizen di alam maya.

Dilaporkan, seramai 17,000 penduduk Israel telah menerima suntikan kedua vaksin COVID-19 dan menghairankan tiada seorang pun yang dilaporkan berubah personaliti untuk menjadi gay seperti kenyataan yang dikeluarkan Daniel itu.

Sementara itu, Presiden Brazil juga pernah mengeluarkan amaran kesan sampingan vaksin. Klik pautan berikut untuk membacanya.

‘Jika Anda Bertukar Menjadi Buaya Itu Masalah Anda’, Presiden Brazil Beri Amaran Kesan Sampingan Vaksin

Gara-Gara Mahu Wajibkan Penumpang Ambil Vaksin, Qantas Airways ‘Diserang’ Golongan Antivaksin

Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Disuntik Vaksin COVID-19 Di Singapura

 

Anda Mungkin Suka