Ketua kartel dadah di Brazil, Clauvino da Silva, 42 tahun beberapa hari lalu kembali menjadi perhatian dunia selepas cubaan beliau untuk lari dari penjara dengan menyamar sebagai anak perempuannya ditumpaskan oleh pegawai penjara.

Namun dalam laporan yang diterbitkan The Guardian, Clauvino dikatakan telah membunuh diri dengan menggantung dirinya dengan cadar pada hari Selasa yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Clauvino, ahli kartel dadah Red Command yang dikenakan hukuman penjara 73 tahun pada hari sabtu yang lalu telah membuat misi mustahil apabila berpakaian wanita serta memakai topeng silikon sebagai cubaan untuk keluar dari penjara.

Beliau dilihat mahu menipu pegawai penjara supaya mereka berfikirkan anak perempuannya yang sedang berjalan keluar dari penjara. Namun, beliau tetap juga tertangkap kerana ‘wajahnya’ yang mencurigakan dan pelik.

Anak perempuan Clauvino serta 7 ahli keluarganya kini masih di bawah siasatan pihak polis atas tuduhan bersubahat. Ini merupakan kes kedua terburuk yang melibatkan keselamatan penjara di Brazil dalam masa seminggu selepas satu pergaduhan besar berlaku di penjara ParĂ¡, Brazil.

Pergaduhan di penjara ParĂ¡ telah menyebabkan 58 banduan terbunuh di mana 16 daripadanya telah dipenggal kepala. Kerajaan Brazil ketika ini sedang mencari solusi baharu untuk mengelakkan tragedi seperti ini berulang yang sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada negara berkenaan.

Sumber