Jika anda fikir taktik penyamaran dalam filem White Chicks atau Mission Impossible itu sesuatu yang mustahil untuk dibuat di dunia sebenar, anda salah. Menurut laporan daripada New York Times, seorang ketua gangster sindiket dadah gagal dalam cubaan melarikan diri daripada penjara selepas menyamar sebagai anak perempuannya.

Penyamaran itu dibuat selepas Clauvino da Silva, 42 tahun menerima kunjungan daripada anaknya, Ana Gabriele serta 7 ahli keluarganya yang lain. Clauvino cuba keluar dari penjara berkenaan sebagai anaknya, lapor pihak berkuasa pada hari Ahad yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Clauvino cuba lari daripada salah sebuah penjara paling ketat di barat Rio de Janeiro dan selepas anda melihat video ini, anda pasti tahu mengapa pihak penjara mudah mengenal pasti ada sesuatu yang pelik sedang berlaku.

Clauvino ketika ditangkap sedang menyarungkan pakaian wanita dan berambut palsu. Paling hebat, beliau turut meyarungkan topeng muka yang diperbuat daripada silikon untuk memberikan ilusi wajah wanita. Penyamarannya hampir-hampir berjaya cuma topeng berkenaan nampak pelik dan menyebabkan beliau tertangkap.

Pengawal penjara mula curiga apabila dia dikelilingi tujuh pelawat wanita yang seolah-olah mahu melindunginya ketika berjalan keluar. Ketika cubaan membawa keluar Clauvino, anak perempuannya, Ana Gabriele dikatakan sedang bersembunyi di dalam penjara berkenaan.

Bahan bukti penyamaran
Topeng serta baju yang digunakan Clauvino da Silva untuk lari dari penjara

Semua yang bersubahat dalam misi tersebut ditahan termasuk anak perempuan Clauvino. Ini bukanlah cubaan pertama Clauvino melarikan diri dari penjara. Pada tahun 2013, beliau bersama 31 banduan lain berjaya meloloskan diri dari pusat tahanan Vicente Piragibe Penal Institute melalui saluran pembetong kumbahan sebelum ditangkap semula oleh pihak berkuasa.

Clauvino kini sedang menjalani hukuman penjara selama 73 tahun 10 bulan. Ini betul-betul Prison Break di dunia sebenar. Apa pun, Clauvino sangat berani mencuba cara penyamaran ini untuk keluar dari penjara. Terus teringat kami kepada adegan ini.

Sumber