Harith Iskander adalah antara pelawak yang pandai menggunakan isu semasa untuk dijadikan bahan lawak. Jika anda pernah menonton beberapa siri pertunjukan Harith di beberapa acara, anda pasti tahu bagaimana Harith menggunakan isu semasa untuk menyatakan ‘sindiran’ yang kebanyakannya terjadi di Malaysia.

Namun terbaharu, lawak yang dikeluarkan Harith mengenai perbezaan servis lapangan terbang di Malaysia dan Singapura mendapat perhatian Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud.

Harith ditegur oleh Khairul berikutan sebuah klip video persembahan lawaknya yang dimuat naik di laman Twitternya sendiri. Kata Khairul, isu yang digunakan oleh Harith untuk dijadikan bahan lawak itu kurang tepat atau ‘misleading’.

Ini selepas Harith mendakwa bahawa servis di lapangan terbang Singapura beroperasi dengan kapasiti yang penuh. Jika 20 kaunter ada di lapangan terbang Singapura, maka 20 kaunter akan dibuka. Berbeza dengan lapangan terbang di Malaysia yang mempunyai banyak kaunter, tapi yang dibuka hanya 2 kaunter sahaja.

Dalam ciapan balas, Harith mempertahankan tindakannya dengan menyatakan bahawa ia adalah persembahan ‘stand up’ komedi dan bukannya prosiding parlimen. Kemudiannya di balas kembali oleh Khairul dengan mendakwa bahawa fakta yang dikeluarkan itu penting, walaupun untuk dijadikan bahan lawak.

Bagi pandangan netizen pula, metafora yang digunakan oleh Harith itu mungkin kurang tepat. Sepatutnya Harith menujukan lawak itu kepada badan kerajaan yang lain, yang selalu mendapat kritikan netizen mengenai servis perkhidmatan yang selalu lambat walaupun mempunyai bilangan kaunter yang banyak.

Kronologi perjalanan PhD Dr Jezamine Lim yang anda patut tahu. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Kronologi Perjalanan PhD Dr Jezamine Lim Yang Anda Patut Tahu

Niat Murni Harith Iskander Bela Anjing Berkaki Dua Dikecam Netizen

Dakwa Berat Sebelah, Sepupu Sajat Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Harith Iskander