Perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan akan berkuatkuasa bermula 31 Januari 2019. Menurut kenyataan dari Astro Malaysia Holdings Berhad beliau akan kekal menjadi Pengarah Bukan Eksekutif dalam barisan Lembaga Pengarah selepas beliau melepaskan jawatan tersebut.

Sepanjang Astro berada di bawah pengurusan beliau, syarikat tersebut mencatatkan peningkatan jumlah keuntungan daripada RM 1.79 billion kepada RM 5.53 billion setakat 31 Januari 2018. Beliau bertindak sebagai perancangan utama strategi pertumbuhan Astro yang membantu syarikat tersebut untuk berkembang pesat di ASEAN.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Posisi beliau akan diganti oleh Ketua Pegawai Kandungan dan Pelanggan Kumpulan Astro, Henry Tan. Pihak Astro percaya dengan kreadibiliti Henry Tan yang sudah berkhidmat di syariakt tersebut selama 10 tahun untuk menerajui kepimpinan syarikat tersebut.

astro team